10 fakta menarik tentang tubuh manusia


Tahukah anda tentang fungsi setiap anggota tubuh?

  1. Satu-satunya bahagian tubuh kita yang tidak menerima sebarang bekalan darah ialah kornea mata. Ia menerima bekalan oksigen secara langsung dari udara.
  2. Otak manusia berupaya menampung memori yang sama jumlahnya dengan lebih empat terabyte dalam ‘hard drive’.
  3. Bayi yang baru lahir boleh bernafas dan menelan sesuatu secara serentak sehingga usianya mencecah tujuh bulan.
  4. Tempurung kepala manusia terdiri daripada 29 jenis tulang yang berlainan.
  5. Impuls saraf yang dihantar dari otak bergerak pada kelajuan 274/km sejam.
  6. Otak manusia berupaya menjana lebih banyak impuls elektrik dalam sehari berbanding gabungan semua telefon di seluruh dunia.
  7. Tubuh manusia biasa mengandungi jumlah sulfur yang mencukupi untuk membunuh semua pepijat pada seekor anjing; karbon yang mencukupi untuk menghasilkan 900 pensel; potassium yang mencukupi untuk melancarkan meriam mainan; lemak yang mencukupi untuk menghasilkan tujuh buku sabun; dan air yang mencukupi untuk mengisi sebuah tong 50 liter.
  8. Jantung manusia mengepam 182 juta liter darah sepanjang hayat (purata).
  9. Sebanyak 50,000 sel dalam tubuh anda mati dan digantikan dengan yang baru sedang anda membaca ayat ini.
  10. Embrio manusia berupaya menghasilkan cap jari dalam masa tiga bulan mengandung.