PBS cungkil potensi murid secara holistik


Keputusan PT3 tidak lagi mengumumkan pelajar terbaik dalam akademik kerana PBS menilai potensi pelajar secara holistik. Keputusan PT3 tidak lagi mengumumkan pelajar terbaik dalam akademik kerana PBS menilai potensi pelajar secara holistik.

SISTEM Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan satu sistem pentaksiran yang telah diperkenalkan dalam transformasi pendidikan sejak 2011 selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan kepada peperiksaan.

Justeru, melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010, kerajaan telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS yang dilaksanakan di seluruh negara merupakan satu usaha murni kerajaan bertujuan untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai etika serta moral yang tinggi seperti tercatat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Intergrasi Nasional (PIN) selaras dengan hasrat Misi Nasional.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan