Resensi


Jiwangnya, Mat Rock

Penulis: Akira Dorayaki
Penerbit: Love Novel Publication
No. ISBN: 9789670907475

Rambut berketak-ketak bagai penyanyi rock zaman 1980-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula 'Ummi Si Mulut Celopar', lagilah bertambah haru dibuatnya!

Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa.

Cerita daripada Mutawif

Penulis: Dato Hj Md Daud Che Ngah
Penerbit: Karya Bestari
No ISBN: 978967860769

Himpunan kisah-kisah benar yang dialami oleh para tetamu Allah SWT sewaktu menunaikan haji dan umrah di Mekah serta ziarah di Madinah. Perkongsian daripada insan yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam pengurusan haji dan umrah ini, bukan bertujuan untuk mendedahkan keburukan yang menimpa jemaah atau memberi pujian kepada jemaah yang dipermudahkan urusan oleh-Nya.

Namun, ia sekadar untuk memberi iktibar kepada semua Muslim agar berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan di samping memiliki ilmu yang mantap jika hendak beribadah di Mekah.

Get Hired!: Teknik Penulisan Resume & Temu duga Terkini

Penulis: Hans Toh
Penerbit: MPH Group Publishing
No. ISBN: 9789674152758

Beribu-ribu graduan telah memperoleh manfaat daripada isi kandungan buku ini untuk mendapatkan jawatan di dalam bidang masing-masing. Ketahuilah kaedah untuk menulis resume moden yang efektif untuk menarik perhatian majikan.  Ketahui juga kaedah untuk menghadapi temu duga dengan yakin.

Apabila Dietitian Bercerita

Penulis: Lily Moha ; Ruqayyah Muhd
Penerbit: Legacy Publishing
No. ISBN: 9789670893136

Makan, acara kegemaran semua insan. Bila gembira kita makan. Bila sedih kita makan. Bila dapat rezeki lebih, kita buat makan-makan. Bila ditimpa kedukaan, kita jamu makan. Hidup ini tidak lari daripada makan.

Apabila Dietitian Bercerita merupakan catatan dua orang teman yang mempunyai minat yang sama dalam usaha memberi makna kehidupan kepada insan lain. Buku ini menceritakan kisah benar, yang berlaku di sekeliling dua dietitian ini dalam usaha memberikan penjagaan diet yang terbaik untuk semua.

Membeli Rumah Semudah ABC

Penulis: Dr Mona Isa ; Hamizi Hamdan
Penerbit: True Wealth
No. ISBN: 9789674160814

Prosedur membeli rumah agak memeningkan bagi ramai orang. Hal ini demikian kerana pembeli perlu berurusan dengan terlalu banyak pihak iaitu penjual, ejen hartanah, peguam dan pegawai bank. Tambah memeningkan apabila pihak berkenaan menggunakan 'bahasa mereka' yang terlalu teknikal menjadikan keseluruhan proses menjadi sukar. Buku ini memberi penyelesaian kepada semua masalah ini.

 



Lagi dalam kategori ini:

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan