Dia

— oleh Dr. Fahmi Zaidi Bin Abdul Razak —

Dia
Pernah singgah dalam hidupku dan berbicara
Tentang dunia dan segala isinya
Dia juga berkata "Kita ini, hamba dunia"
Kini dia sudah tiada
Dia tidak mungkin hadir lagi
memenuhi kekosongan hati

Dia
Akanku kenang selagi ku tidak tua
Kerana, mungkin hanya di sanalah kita akan bersua
Dan kenangan itu adalah kerana izin dan restu-Nya
Akanku kenang redup mata dan lunaknya kata sampai bila-bila

Dr. Fahmi Zaidi Bin Abdul Razak
Pensyarah
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
Widad University College

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan