Manfaat Tonton Bola Sepak


Menonton bola sepak memberikan banyak manfaat untuk kesihatan anda. Foto : cikgulin57.blogspot.my Menonton bola sepak memberikan banyak manfaat untuk kesihatan anda. Foto : cikgulin57.blogspot.my

Apakah anda penggemar bola sepak? Bersukan dengan bermain bola sepak sudah tentu menyihatkan badan anda. Namun, dengan hanya menonton pertandingan bola sepak di televisyen juga dapat membuat tubuh anda menjadi sihat bugar.

Setiap reaksi yang timbul ketika menonton bola sepak, akan membuat otak bekerja hingga membakar kalori, sehingga menyebabkan tubuh menjadi sihat. Ketahui manfaat apa saja yang boleh anda perolehi ketiga menonton pertandingan bola sepak.

1 Meningkatkan hormon testosteron

Tumpuan sepenuhnya yang anda berikan ketika pasukan bola sepak kegemaran anda bertanding, akan membuat hormon testosteron meningkat 29 peratus. Pengkaji dari Vrije University Amsterdam Leander van der Meij mengatakan, meskipun anda tidak boleh mempengaruhi keputusan perlawanan, namun ketika otak sedang mempersiapkan untuk menyokong pasukan pujaan anda, hal tersebutlah yang membuat hormon testosteron meningkat.

1 Efektif membakar kalori

Ketika menonton pertandingan bola sepak, neuron motorik otak dan tubuh bekerja dengan baik, kerana saraf motorik anda bergerak mengikuti pemain, maka hal ini berfungsi untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Sebuah kajian dari England mengatakan, ketika neuron motorik bekerja, maka ada 100 kalori dalam tubuh yang terbakar.

1 Mengurangi stres

Penelitian dari Universiti Alabama mengatakan, menonton bola sepak mampu mengendalikan otak anda jauh dari gejala stres. Hormon stres dalam tubuh boleh hilang secara perlahan, kerana otak dan tubuh mendambakan kesenangan, dan bereaksi positif ketika menonton pertandingan bola sepak.

1 Meningkatkan fungsi otak

Menonton acara sukan seperti bola sepak, akan membuat hormon di dalam otak bekerja dengan baik. Penelitian dari Universit Chicago menyatakan, ketika menonton pertandingan sukan, ada peningkatan aktiviti di neuron motorik otak, iaitu ketika anda melihat pemain bergerak dari satu sisi ke satu ke sisi yang lain.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan