Apa & Siapa


Federer Masih Pemain Elit Dunia

Trofi juara Terbuka Australia 2017 menjadi bukti Roger Federer masih menjadi pemain tenis elit dunia. Gelaran tersebut melonjakkan kedudukan pemain tenis Switzerland itu dalam daftar peringkat ATP. Pemain tenis berusia 35 tahun yang telah mengumpul 18 gelaran Grand Slam itu menegaskan beliau sama sekali tidak memikirkan untuk menggantung raket segera. Bahkan, Federer mahu terus memburu gelaran Grand Slam yang berikutnya di Terbuka Prancis dan Wimbledon.

"Wimbledon selepas Rolland Garros. Setelah itu, Terbuka Amerika Syarikat. Saya tidak tahu. Saya memiliki waktu untuk merenungkan semuanya," tegas Federer yang sekian lama tidak bermain di perlawanan akhir dalam kejohanan tenis yang disertainya yang dipetik daripada The Mirror.

Federer juga menempatkan dirinya sebagai pemenang gelaran Grand Slam lelaki yang terbanyak di pentas tenis dunia. Daripada 18 gelaran yang dikumpul Federar dalam kejohanan paling berprestij sepanjang kariernya, lima gelaran di Terbuka Australia.


Lampard Bakal Pindah ke Hollywood

FRANK Lampard telah mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak. Namun, Lampard 38 tahun itu tak bimbang dengan status lama menganggur kerana sejumlah tawaran pekerjaan sudah tiba di depan mata, termasuk dari dunia hiburan.

Bekas pemain Chelsea ini rupa-rupanya menarik perhatian para produksi Hollywood. Menurut isteri Lampard, Christine Bleakely, suaminya masih dalam tahap perbincangan untuk muncul dalam sebuah filem Hollywood. Sayangnya, Christine enggan menjelaskan secara terperinci seperti dipetik dalam Femalefirst.

Pemain bola sepak yang terjun ke dunia lakonan bukan hal baru. Ada yang menjalaninya ketika masih aktif bermain bola sepak, apatah lagi ketika mereka sudah meninggalkan padang bola.

Misalnya, David Beckham pernah muncul dalam filem Bend it like Beckham pada tahun 2002. Bekas pemain Los Angeles Galaxy itu juga pernah tampil dalam filem Goal. Beckham mendapat peranan lebih besar ketika tampil dalam siri televisyen Only Fools and Horses. - Agensi


Katy Perry Jadi Pereka Kasut

Katy Perry membuka perniagaan baharu. Beliau kini sibuk menyiapkan rekaan kasutnya sendiri. Perry mengatakan kepada Footwear News tentang perjalanannya untuk menjadi pereka kasut.

"Tapak kaki adalah sebahagian daripada diriku yang harus dengan hati-hati dilayan, dan saya harus menimbang banyak pilihan," kata Perry dalam pertemuannya dengan Tommy Hilfiger dan Vince Camuto ketika berkunjung ke kilang di Itali.

"Saya ingin belajar banyak, menguasainya dan menjadi penyumbang yang serius dalam dunia fesyen," jelas Katy.

Untuk jenama kasutnya, bintang pop tersebut berunding dengan syarikat fesyen dan pengurusan hiburan Global Brands Group dan bekerja sama dengan bekas stylist Johnny Wujek untuk kerja kreatif. Katy menekankan bahawa kasut buatannya akan memiliki reka bentuk datar, bertumit dengan hak dan pengaruh estetika daripada rasa cintanya.

Setakat ini, Lord & Taylor, Amazon.com, Macya dan Zappos akan secara rasmi membawa jenama koleksi Katy. - Billboard.com.


Lebih Separuh Warga AS Rindukan Barack Obama

Donald Trump sudah menjadi Presiden Amerika Syarikat selama dua bulan dan ternyata lebih daripada separuh warga AS merindukan Barack Obama.

Dalam survei yang dilakukan Public Policy Polling menunjukkan 52 peratus rakyat Amerika Syarikat inginkan kembali Barack Obama. Sementara hanya 43 peratus warga saja yang senang dengan keberadaan Donald Trump di White House.

Bukan itu sahaja 40 peratus responden menginginkan pengunduran Donald Trump. Jumlah warga yang menginginkan Trump berundur meningkat dari bulan Januari lalu yang berada kira-kira 35 peratus.

Di sisi lain, lebih daripada 500,000 orang menandatangani petisyen yang disebar kelompok Impeach Trump Now.

Dasar tuntutan pengunduran itu disebabkan Trump dianggap tidak menjauhkan dirinya dengan bisnes propertinya meskipun kini menjawat sebagai presiden.

Trump, walaupun memenangi pemilihan presiden, tetapi dari sisi jumlah pemilih atau popular vote kalah kepada Hillary Clinton.

Akibatnya, Trump kini menjadi presiden yang paling tidak popular dalam sejarah modern Amerika Syarikat. Buruknya popularitas ini salah satunya disebabkan kebijakan-kebijakan yang kontroversial. - Independent


Saya Merasa Tenang Saat Baca Al-Quran - Lindsay Lohan

Aktres Hollywood Lindsay Lohan memperkatakan secara terperinci hubungannya dengan Islam. Hal itu diutarakan ketika tampil dalam sebuah acara televisyen Arab Saudi Siwar Shoaib yang dihoskan Shoaib Rashid.

Rashid bertanyakan soal gambar yang banyak beredar, ketika Lohan dilihat memegang sebuah al-Quran. Lohan mengatakan, begitu banyak persoalan yang sedang dihadapi ketika gambar itu diambail, dan al-Quran menjadi penglipur lara.

"Saya hanya memegang sebuah buku agama, tapi orang di Amerika tidak menyukainya, mereka menghukum saya kerana itu, dan mengatakan hal-hal yang buruk," kata Lohan seperti disiar Arab News, Isnin 6 Februari lalu.

Lohan menerangkan, selama ini dia telah memanjatkan doa menggunakan cara-cara Islam, terutama ketika ditimpa masalah. Selain itu, walaupun merasa cukup sukar, Lohan mengatakan bahawa dia sudah mencuba menjalankan puasa di bulan Ramadan. "Saya melakukan (puasa) Ramadan selama tiga hari dengan teman saya dari Kuwait, itu sukar tapi ia baik, rasanya sangat baik," ujar bintang film Mean Girls itu.

Lohan yang berusia 30 tahun itu menjelaskan, dia telah membaca kira-kira 15 halaman al-Quran, dan berlatih menulis beberapa ayat berbahasa Arab. Bahkan, Lohan telah beberapa kali mendengarkan lantunan ayat suci di telefon bimbitnya menggunakan aplikasi. "Saya merasakan ketenangan," kata Lohan ketika ditanya Rashid, adakah sesuatu yang istimewa ketika ia membaca al-Quran. - Agensi


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan