Kenapa Anda Nampak Lebih Tua


Meskipun sudah berusia lebih 30 tahun, anda tak perlu berasa tua. Sebab, usia tubuh seseorang tidak selalu selari dengan usia sebenarnya. Usia seseorang terdiri daripada usia kronologis (mengikut masa) dan biologis. Bila usia kronologis anda 20, maka usia biologis anda mungkin boleh 30 dan sebaliknya.

Menurut Barbara A. Bowman, Ph.D., Pengarah bahagian pakar penyakit jantung dan strok Centers for Disease Control (CDC), tubuh kita seperti mesin kenderaan. Pada dasarnya, organ-organ tubuh kita dirancang untuk tahan lama. Tapi, bila tidak dirawat dengan baik, akhirnya rosak sebelum waktunya.

Peningkatan fungsi organ tubuh berlangsung sejak manusia lahir dan mencapai tahap maksimum pada usia 25 tahun. Setelah memasuki usia 30, fungsi organ tubuh akan menurun.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan usia biologis anda lebih tua dibandingkan umur kronologis anda, iaitu:

Kolesterol tinggi

Kebiasaan mengambil makanan berkolesterol tinggi boleh membuat fungsi jantung terganggu. Kolesterol tinggi akan menyebab tekanan darah, denyut nadi, kadar lemak total, kolesterol dan trigliserida menjadi tinggi yang pasti akan mengganggu kerja jantung secara keseluruhan.

Obesiti

Kelebihan berat badan yang sudah masuk kategori obesiti akan menyebabkan kerja jantung menjadi lebih berat. Obesiti menandakan adanya lemak hati yang menyebabkan kadar kolesterol sukar dikawal.

Merokok

Merokok adalah kebiasaan yang sangat cepat merosak jantung. Molekul-molekul racun dalam rokok boleh mengikat darah yang ada di sekitarnya, sehingga mendorong terjadinya penggumpalan darah sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Kebiasaan merokok boleh membuat jantung anda bertambah tua 20 tahun daripada usia anda.

Pola hidup yang tidak sihat

Aktiviti dan kebiasaan yang anda lakukan sehari-hari merupakan faktor penting bagi kesihatan tubuh anda. Kebiasaan jarang bersukan, makan tidak tepat pada waktunya, kurang istirehat, dan terlalu banyak berfikir merupakan calon-calon orang dengan umur biologis yang lebih tua.

Stres

Pada saat orang mengalami stres, hipotalamus dalam otak akan meningkatkan hormon stres, yang kemudian akan mendorong peningkatan denyut jantung, peningkatan tekanan darah. Hal ini akan mengakibatkan kecederaan pada dinding arteri dan pembentukan bekuan dalam pembuluh darah.

Merawat tubuh dengan bersukan dan mengamal pola makan yang baik bukan hanya membantu mengurangi usia biologis, tapi juga membuat anda bebas penyakit dan selalu tampak muda. Selain itu, banyak tertawa dan selalu berfikir positif juga membuat wajah anda tetap cerah.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan