Mengesan Awal Anak Autisme


Kesukaran mendengar dan mengikuti arahan ketika diberikan adalah salah satu ciri anak autisme, berwaspada bila hal ini terjadi pada anak anda. Kesukaran mendengar dan mengikuti arahan ketika diberikan adalah salah satu ciri anak autisme, berwaspada bila hal ini terjadi pada anak anda.

Autisme ialah gangguan mental pada peringkat kanak-kanak yang menyebabkan pesakit berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan orang lain.

Autisme boleh dikesan pada usia bayi hingga tiga tahun. Sayangnya banyak anak yang terlewat mendapatkan diagnosis dan pertolongan atau terapi yang diperlukan. Yang berikut beberapa ciri komunikasi pada anak autisme berdasarkan empat aspek, antara lain:

Komunikasi

  • Perkembangan bahasa yang lambat
  • Kesukaran memulakan dan mempertahankan bahasa
  • Imaginasi terbatas
  • Kesukaran mengenal simbol atau bahasa abstrak
  • Meniru atau mengulang kata-kata orang lain
  • Kesukaran mendengar dan mengikuti arahan ketika diberikan

Gangguan Pancaindra

  • Sensitif pada sentuhan dan bunyi yang keras
  • Tidak suka dipegang atau dipeluk
  • Kurang sensitif pada rasa sakit dan kurang memiliki rasa takut
  • Kesan ketara pada respons perilaku, emosi, kognitif dan kesediaan belajar

Interaksi Sosial

  • Suka menyendiri
  • Interaksi sosial terbatas
  • Sukar dalam memahami diri sendiri dan orang lain

Perilaku

  • Tertarik pada sesuatu yang tidak penting
  • Melakukan perbuatan atau gerakan yang sama berulang-ulang
  • Perulangan tabiat pada hal-hal yang tidak penting seperti harus berjalan pada laluan yang sama

Penyebab autisme hingga kini masih belum diketahui dengan pasti, namun penyebab autis boleh dianggap kerana interaksi antara faktor genetik dan juga mungkin pelbagai hal negatif dari persekiran. Autisme boleh terjadi oleh sesiapa pun. Penyakit autisme mempunyai kemungkinan untuk sembuh, semua tergantung pada tahap gangguan autisme yang terjadi, berdasarkan kecepatan diagnosis serta terapi autisme yang diperolehinya.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan