Album Pendidik Mac 2017


Alumni 4B Kedah berkunjung di Pejabat Menteri Pendidikan, di Putrajaya pada pagi 21 Februari lalu. Dato' Seri Mahdzir Khalid berharap semoga hubungan terus dieratkan lagi dan saling membantu dalam mengukuhkan jaringan penyampaian maklumat serta mesej tentang pendidikan dalam kalangan remaja dan belia negara ini.

Semasa majlis perasmian penutupan International Convention on Theory and Applied Counselling (ICTAC) tahun 2017, Mahdzir Khalid berkata beliau yakin konvensyen ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membina ilmu dan menyempurnakan akhlak dalam kalangan pendidik pada 8 Februari lalu di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Di samping itu beliau berharap persidangan itu turut memberi pendedahan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mencetuskan idea baharu tentang pendekatan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang mampu menghasilkan murid yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

Salah seorang pesakit yang lumpuh, Ahmad Saridi bin Abdullah dari Kampung Padang Setol, Kuala Nerang menerima bantuan katil bagi memudahkan urusan perubatan beliau di rumah. Sumbangan oleh pihak Yayasan Basmi Kemiskinan Kedah (YAKED).

Satu Program Anak Angkat USM di Padang KEDA Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang diadakan pada 14 Januari 2017. Program ini menempatkan para siswa USM dengan keluarga angkat masing-masing bertujuan untuk mereka berkongsi sosial budaya tempatan dan pengalaman masing-masing dengan komuniti. Serentak dengan itu juga dianjurkan program pemimpin bersama masyarakat.

Pada pagi 12 Februari lalu Mahdzir Khalid berbasikal di sekitar pusat bandar raya Alor Setar bersama Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan peserta lain sempena Kayuhan Muafakat Kedah bersama Gen Y.

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak bersama Mahdzir Khalid dan wanita Barisan Nasional di Alor Setar, Kedah pada 11 Februari 2017.

Ahli Parlimen Padang Terap, Dato' Seri Mahdzir Khalid meneruskan tradisi menziarah para penduduk di kawasan Parlimen beliau melalui Program Ziarah Kasih pada 16 Januari 2017.

Motosikal skuter roda tiga untuk Sawin a/l Lee Chin sumbangan YAKED bagi memudahkan beliau bekerja.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan