Pendidik Mac 2017
Pena Pengarang

BIMBING MURID BUAT PILIHAN
SELEPAS SPM

Secara purata kira-kira 450,000 calon pada setiap tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sejumlah hampir 38, 000 calon berjaya mendapat tempat di universiti awam.

Lebih 148,000 lepasan SPM berpeluang menyambung pengajian di peringkat diploma dan sijil di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tingkatan 6, matrikulasi, kolej dan pusat kemahiran. Sebilangan calon lain menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta.

Jangan lupa lebih separuh yang lain lepasan SPM ini akan masuk ke alam pekerjaan.

Bukan semua golongan remaja lepasan alam persekolahan ini sedar akan cabaran dalam dunia baharu sama ada dalam bidang akademik atau pekerjaan. Tambahan pula kos sara hidup semakin meningkat.

Semua murid sepatutnya diberi pengetahuan serta maklumat yang jelas – apa yang patut dilakukan selepas SPM. Bimbing murid buat pilihan betul dan tepat dengan menggalakkan mereka menyambung pelajaran sama ada ke peringkat Tingkatan 6, matrikulasi, diploma, ijazah sarjana muda, belajar ke luar negara atau mengikuti bidang kemahiran.

Bimbingan kerjaya di peringkat sekolah adalah penting. Sebab, ada kalangan murid yang tidak tahu apa yang patut dilakukan selepas belajar selama 11 tahun di sekolah.

Untuk setiap murid lepas SPM ada dua pilihan. Pertama melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma atau ijazah. Kedua masuk ke alam pekerjaan. Jangan cuma jadi penganggur.

Semua guru dan ibu bapa patut mengambil tahu tentang kerjaya masa depan murid. Pemilihan kerjaya sepatutnya bermula dari peringkat sekolah. Murid perlu dibekalkan pelbagai strategi yang proaktif agar mereka tidak tersalah langkah dalam memilih kerjaya.

Strategi yang dimaksudkan ialah mengenal pasti pelbagai sifat serta ciri-ciri murid seperti personaliti, minat, nilai, dan pencapaian mereka iaitu dengan mengenal potensi yang ada pada diri murid.

Oleh itu guru dan ibu bapa boleh membimbing murid mengenal pasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan agar murid dapat memadankan potensi diri mereka dengan kerjaya yang sesuai.

Sesetengah murid tidak tahu apa pilihan kerjaya yang patut mereka pilih selepas tamat alam persekolahan. Ada dalam kalangan mereka masih 'teraba-raba' selepas keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan.

Semasa

PPPM Selaras Dengan TN50

Dalam lawatan kerja Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid ke United Kingdom pada 23-27 Januari 2017, beliau menjelaskan kepada pelajar dan rakyat Malaysia di sana tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mempunyai hubung kait dengan usaha kerajaan bagi melahirkan generasi berfikiran kreatif dan berinovasi selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Album

Album Pendidik Mac 2017

Alumni 4B Kedah berkunjung di Pejabat Menteri Pendidikan, di Putrajaya pada pagi 21 Februari lalu. Dato' Seri Mahdzir Khalid berharap semoga hubungan terus dieratkan lagi dan saling membantu dalam mengukuhkan jaringan penyampaian maklumat serta mesej tentang pendidikan dalam kalangan remaja dan belia negara ini.

Semasa

Tinjauan Projek Pembangunan Pendidikan Di Sarawak

Pada Februari lalu, Menteri Pendidikan Dato' Seri Mahdzir Khalid bersama Ketua Setiausaha (KSU) kementeriaan berkenaan Dato' Sri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof telah turun padang dalam program "walkabout" bagi meninjau blok bangunan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) St. Martin, Merdang, Sarawak.

Aktiviti Sekolah

Jom ke Sekolah

Program Jom Ke Sekolah Peringkat kebangsaan tahun 2017 dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Mahdzir Khalid di SMK Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah pada 5 Februari 2017.

Pemikiran Mahdzir

1 Bahasa, 1 Jiwa, 1 Bangsa - Bahasa Kebangsaan Bahasa Negara

"Pada satu masa, atas dorongan semangat kemerdekaan yang memuncak, pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan telah menukar nama-nama jalan daripada nama tokoh-tokoh penjajah kepada para pemimpin tempatan.

Tumpuan

RM3.1b bantuan persekolahan 2017, peningkatan sebanyak RM95.8 juta berbanding 2016

Bantuan persekolahan Kementerian Pendidikan bagi tahun 2017 merangkumi 19 jenis bantuan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.1 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM95.8 juta berbanding tahun lalu.

Tumpuan

Pilih dengan tepat

Murid sekolah menengah perlu memilih bidang yang diminati dan kesesuaian dengan keputusan diperoleh. Keputusan di peringkat SPM dan STPM penting kerana ia bakal menentu hala tuju pelajar, sama ada mencongak ke menara gading, memohon pekerjaan atau mengambil jurusan kemahiran atau teknikal.

Tumpuan

Peranan Ibu Bapa Sokong Anak Pilih Kerjaya

Sebagai ibu bapa, anda perlu menyokong anak ke arah kerjaya pilihan mereka. Anak memerlukan anda untuk memberi nasihat dan bimbingan, jadi anda perlu melengkapkan diri dengan seberapa banyak maklumat mengenai pelbagai kerjaya.

Pendidikan Global

Sirhajwan Finalis Hadiah Guru Global

Seorang guru Kolej Vokasional Keningau Sabah, Mohd Sirhajwan Idek telah melakar sejarah negara apabila terpilih sebagai antara 50 finalis bagi merebut Hadiah Guru Global yang akan berlangsung di Dubai pada Mac ini.

Rencana Umum

Guru Cemerlang Sains Dan Kolumnis Tetap Majalah Pendidik Tarik Kehadiran Lebih 500 Peserta Ke PDPC Abad Ke-21 Di Labuan

SMK Labuan dengan kerjasama Labuan International School (LIS) dan PIBG SMK Labuan telah menganjurkan Perkongsian Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Abad ke-21 di Auditorium LIS baru-baru ini.

Tokoh Pendidikan

Mengenang Aminuddin Baki, Bapa Pendididikan Negara

Negara bertuah kerana Dasar Pendidikan Negara yang kita nikmati sekarang sebenarnya telah dirintis dan diilhamkan oleh seorang pejuang Melayu tulen, Aminuddin Baki tokoh yang dapat memahami denyut nadi anak bangsa yang masih ketinggalan dalam pelajaran semasa di bawah sistem penjajah.

Rencana Umum

Adakah Kita Gagal Sebagai Pendidik?

Sindrom 4K (kuliah, kafeteria, katil, komputer) yang kini melanda sebahagian besar pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan isu serius yang perlu segera ditangani.

Inspirasi

Cikgu Abas Kassim - Pendidik & Jurulatih Gigih

Tahun ini Malaysia bakal menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2017, selepas kali terakhir menganjurkannya 16 tahun lalu. Sebelum ini Majalah Pendidik pernah memaparkan kisah perjuangan Cikgu Mohd Jironi Ridzuan, seorang guru dan atlet bersemangat kental yang akhirnya berjaya menyumbang dua butir pingat emas kepada negara setelah empat kali bertanding dalam temasya Sukan SEA.

Fakta

Mengapa Insurans Penting

Jika saya punya cara, saya akan menulis perkataan 'INSURANS' di atas setiap pintu kediaman dan buku kira-kira setiap manusia. Hal ini kerana saya yakin bahawa di sebalik tiap-tiap nilai pengorbanan yang sekalipun kecil, kehidupan keluarga yang ditinggalkan akan lebih terjamin, terlindung daripada bencana yang boleh menghancurkan mereka selama-lamanya. - Winston Churchill.

Rencana Umum

Kelakuan Baik Murid Jarang Dihargai

Ini ada satu pertanyaan kepada guru. Pernahkah anda berasa bersalah dengan murid? Ada kisah di sebalik soalan yang penulis tanyakan dan inilah kisahnya.

Halaman 1 dari 3

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID