Pakaian Ini Jejaskan Kesihatan


Pakaian adalah penutup aurat yang boleh melindungi kulit daripada debu, pencemaran, dan sinar matahari. Manfaat tersebut boleh berubah menjadi kerugian, apabila anda tidak memilih jenis pakaian yang tepat. Ada beberapa jenis pakaian yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

Pakaian tersebut antaranya adalah:

Jeans ketat

Celana jeans yang ketat boleh menekan saraf di pangkal paha dan kaki, dan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah kaki. Hal ini dapat mengakibatkan kerosakan otot,pembengkakan, dan kebas. Penekanan saraf bukan satu-satunya masalah.Ketika anda memakai pakaian yang terlalu ketat, bahan pakaian tersebut akan menggosok-gosok kulit anda, dan dapat melawan pertahanan kulit yang melindungi anda daripada infeksi.

“Overall”

Jenis pakaian bersarung dari atas kebawah ini memang digemari.Namun anda akan merasa kesusahan ketika ingin buang air kecil, kerana harus membuka pakaian dari atas. Hal ini boleh membuat anda mengabaikan rasa ingin buang air dan enggan ke tandas.Jika hal tersebut terjadi, anda boleh sahaja mengalami kesakitan saluran kencing atau sembelit, kerana tidak buang air secara teratur.

Pakaian dalam berwarna.

Pewarna kain boleh menyebabkan kulit di sekitar vagina rasa tidak selesa dan gatal-gatal.Apalagi bagi anda yang memiliki kulit sensitif. Maka, pakaian dalam berwarna adalah pilihan pakaian yang kurang tepat. Pastikan anda memakai pakaian dalam berwarna putih yang diperbuat daripada bahan kapas.

Pijama

Pakaian yang digunakan sewaktu tidur ini sering diabaikan kebersihannya. Banyak orang yang mengenakan pijama berulang-ulangkali tanpa dicuci. Padahal ketika tidur selama tujuh hingga sembilan jam,peluh yang mengandungi kuman boleh melekat pada pijama. Maka, akan lebih bijak jika anda menggantikan pijama setiap hari.

Ikat Kepala

Ikat kepala banyak digunakan orang ketika bersenam. Fungsinya adalah untuk mencegah peluh mengalir ke kawasan muka. Namun,peluh yang melekap pada ikatan kepala tentunya mengandungi bakteria. Menggunakan ikat kepala secara berulang, juga boleh membahayakan kulit Anda. Maka,cucilah ikat kepala selepas digunakan.

 

 



Lagi dalam kategori ini: