Puisi:Telefon Pintar



TELEFON PINTAR


Wujudmu mengelamunkan angan-angan sedia
Menyembahkan igauan setiap insan tanpa
mengira usia
Membantutkan permainan tradisional lama
Terleka terpaku dalam dambaan dunia maya
Menerokai dunia tanpa sempadan di hujung
para
Walau apapun panggilan namamu telefon setia
Benar-benar membuat manusia alpa
Lantas keasyikan menelusuri alam maya


Pelajar-pelajar remaja memicit gajet
Terlupa waktu pembelajaran ketat
Kanak-kanak habis hanyut dengan tablet
Terabai kemahiran bacaan penat
Mungkinkah suatu ketika suatu saat
Manusia berada di awangan tenat
Mengejar kecanggihan terowong smart
Yang tiada berpenghujung sejagat


Menyentap kehebatan teknologi digital
Pelbagai panorama perisian pintar kekal
Mengoda manusia terus terbuai pegal
Dengan mengecapi keenakan intipati kental
Terabailah suratkhabar, makalah dan jurnal


Telefon pintar tidak lekang di tangan,
Di tempat awam, di bilik, di hospital, di taman,
di kedai makan
Malahan di mana-mana jua radar dikesan


Kini kecanggihan pintar menerokai duniawi
Terbuai sudah manusia dek lambakan teknologi
Terowong waktu bakal merencana segala segi
Generasi abad ke dua puluh satu pasti merubah
lagi.


OUI BIN SAL,
Kg. Belimbing,
Tanah Merah,Kelantan