Puisi:Dalam Iringin Doa Guru



DALAM IRINGAN DOA GURU


Cikgu, kalimah keramat itu sering menerjah
Menyapa hingga ke dasar hati
Dikaulah yang mendidik dan mengajar
Dengan dedikasi tiada jemu dan lelah
Untuk melahirkan anak didik yang berjasa
Menyinari dan menerangi kegelapan


Cikgu, engkau penunggu setiap sekolah
Sederap selangkah di desa dan kota
Tidak mengharap kemilau gelaran atau anugerah
Hanya kerelaan dan keikhlasan
Menggenggam suatu amanah
Berbekal keyakinan dan hikmah


Cikgu, semoga Hari Guru ini
Akan membuat dikau bahagia dan gembira
Dalam iringan doa guru yang panjang
Murid-murid dan ibu bapa tersayang
Sekaligus mendatangkan keberkatan
Diberikan rahmah dan hidayah
Untuk kau teruskan perjuangan
Yang tidak pernah berkesudahan
Selagi hayat dikandung badan


AHMAD SAFARMAN DOLLAH
Sek Keb Kenering
Gerik, Perak