Puisi:Penjana Kegemilangan



PENJANA KEGEMILANGAN


Bagaimana profesion keguruan kini?
Mungkinkah dikenang menerusi
sambutan
atau sekadar diingat melalui ucapan
jamuan makan dan pertunjukan
meraikan penghargaan?


Barangkali kalungan bunga oleh murid
tersayang
bersama pelajar cemerlang gambarmu
terpampang
jarang dilihat guru ditonjolkan bersama
nashkah kejayaan
melainkan didengar pelajar itu yang
sebenarnya cemerlang
Bertungkus-lumus mendidik anak
bangsa, mana imbuhan?
Aduh, sebenarnya bukan itu yang
diharap
Suburkanlah kebijaksanaan dan
kewarasan
meletakkan guru pada tempat yang
diidamkan.


Aduhai warga guru sekalian sabarlah
Renungkanlah kembali sejarah dan
kemuliaan
Peradaban martabat keguruan tercalar
lantaran
seekor kerbau membawa lumpur habis
semuanya terpalit
atau kerana nila setitik terhakis imej
baik.


Apa pun kau adalah
pemangkin kegemilangan watan
warga di barisan hadapan
Di tanganmu kualiti dan keindahan
Dirimu bandingan dan teladan
mendepani rintangan dan cabaran
membina sebuah negara bangsa
mengikut acuan kita
Guru Penjana Modal Insan Gemilang.


 ABDULLAH AR,Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan