Puisi:Perpisahan



PERPISAHAN


Kulihat ramai yang meneteskan air mata
Di majlis perpisahan ini menafsirkan kesedihan
Lupakah bahawa hubungan silaturahim tak kan lapuk


Alangkah lebih baiknya kalau kita relakan saja takdir ini
Agar dari kejauhan kita boleh saling bertukar doa dan harapan
Dan saling rindu merinduiBukankah hal demikian menjadi penghibur?


Anggap saja perpisahan ini
Satu anugerah Tuhan yang manis
Lebih manis daripada pertemuan
yang pernah kita lakarkan semalam


MOHD ADID AB RAHMAN SMK Selandar,Melaka