Nilai Tulus Menerusi Warkah Raja Kelantan Kepada O. Cavenagh


Warkah kiriman Raja Kelantan, Sultan Muhammad II iaitu Long Senik Mulut Merah yang ditulis pada 12 Syawal 1278 Hijrah (12 April 1862) ini merupakan balasan terhadap warkah yang diutus oleh O. Cavenagh, Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Baginda terpanggil untuk membalas warkah O. Cavenagh itu kerana ugutan yang menyatakan ancaman dan serangan ke atas Kelantan akan dilancarkan sekiranya Sultan Muhammad II memberi bantuan kepada Wan Ahmad dalam menentang kakandanya, Bendahara Mutahir di Pahang.

Sultan Muhammad II yang menjadi Raja Kelantan pada tahun 1837 hingga1886 menangkis tuduhan tersebut.Baginda juga menafikan panglima perangnya, iaitu Penghulu Wan Kecil turut serta dalam serangan di Hulu Pahang, yang diketuai Maharaja Purba.

Menerusi warkah ini, Raja Kelantan memulakan titahnya dengan meluahkan rasa gembira dan “ikhlas”hatinya yang mendalam atas warkah yang dikirimkan O. Cavenagh.Turut disuratkan ialah puji-pujian terhadap O. Cavenagh dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada waktu itu.Puji-pujian yang melampau-lampaumelambangkan sifat “suci”, “murni”,dan “hormat” Raja Kelantan terhadap O. Cavenagh sungguh pun berbeza kepercayaan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan