5 Aktiviti Panjang Umur


Setiap orang pasti ingin panjang umur.Tak perlu berfikir terlalu rumit untuk dapat menikmati hidup lebih lama.Dalam sebuah buku berjudul The Big Five, yang ditulis oleh Sanjiv Chopra, profesor dari Harvard Medical School, terungkap lima aktiviti sehari-hari yang boleh meningkatkan kesihatan, sehingga memanjangkan umur seseorang.

Lima aktiviti harian yang dimaksud adalah:

1 MINUM KOPI

Minum kopi terbukti dapat menurunkan risiko terjadinya diabetes tipe 2, parkinson, dan kanser hati.Penelitian yang dilakukan oleh The New England Journal of Medicine,menganalisis data daripada 400,000 orang selama 14 tahun. Mereka menemukan angka kematian 15 peratus yang lebih rendah pada wanita yang mengambil minuman kopi sebanyak dua hingga enam cawan sehari. Sedangkan pada lelaki yang mengambil kopi dengan jumlah yang sama,angka kematian menjadi lebih rendah 10 peratus. Syaratnya, jangan mengambil kopi terlalu panas.WHO mengandaikan bahawa kopi panas boleh meningkatkan risiko kanser kerongkong.

2 SENAMAN

Sanjiv mengungkapkan sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine. Hasil penelitian tersebut membuktikan bahawa berjalan cepat 150 minit setiap minggu boleh memanjang harapan hidup selama 3.5 hingga 4.5 tahun.

Menikmati hidup lebih lama dapat diwujudkan dengan melakukan beberapa cara.

3 PENGAMBILAN VITAMIN D SECUKUPNYA

Semua orang disarankan untuk memenuhi keperluan vitamin D. Kekurangan vitamin D berhubungan dengan masalahan kesihatan, termasuk multiple sclerosis, penyakit jantung, dan diabetes tipe 2.Dengan mencukupi keperluan vitamin D, maka anda boleh terhindar daripada pelbagai penyakit maut tersebut.

4 MENGAMBIL KEKACANG

Segenggam kacang setiap hari,boleh menurunkan risiko terjadinya kanser pankreas, penyakit jantung,stroke, dan kematian awal. Kacang menawarkan banyak zat gizi,mulai dari protein,omega 3, vitamin B,vitamin E, selenium, dan magnesium.Syaratnya, anda harus memastikan bahawa kacang yang anda makan adalah kacang tanpa garam.

5 BERTAFAKUR

Salah satu manfaat bertafakur yang sudah banyak buktinya adalah untuk mengatasi stres. Inilah yang menjadi alasan, bertafakur memiliki kesan positif untuk kesihatan jangka panjang.Tidak ada keraguan lagi bahawa bertafakur boleh memberikan manfaat,baik bagi mental maupun fizikal.