Hindari Makanan Ini Ketika Sahur


Kualiti makanan sahur yang baik sedikit sebanyak dapat mempengaruhi puasa. Untuk nutrisi dalam tubuh dipenuhi, dan anda dapat menahan rasa lapar serta haus hingga waktu berbuka, sebaik-baiknya anda mengambil makanan dengan gizi yang lengkap ketika bersahur. Mengambil makanan yang tidak tepat, boleh mengganggu puasa anda, bahkan boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Beberapa jenis makanan yang sebaik-baiknya anda jauhi ketika bersahur.

MI SEGERA

Mi segera merupakan salah satu makanan tinggi kalori,namun miskin nutrisi. Mi segera tidak dapat memenuhi keperluan gizi harian anda.Selain itu, mi segera juga tinggi dengan natrium, yang boleh membuat anda dehidrasi.Hal tersebut boleh membuat anda selalu merasa haus ketika berpuasa.Parahnya lagi, mi segera tidak mengandungi serat, yang akan membuat anda cepat merasa lapar.

MAKANAN DALAM TIN

Makanan dalam tin umumnya mengandungi pengawet yang tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu samahalnya dengan mi segera, makanan dalam tin juga mengandungi tinggi natrium,yang boleh menyebabkan anda dehidrasi.Anda tentu tidak ingin merasa selalu kehausan ketika berpuasa?

TEH

Teh merupakan salah satu minuman yang paling digemari masyarakat Malaysia. Namun ternyata meminum teh pada waktu sahur, boleh membuat anda mudah merasa letih dan mengantuk. Hal tersebut lantaran teh boleh membuat anda lebih kerap membuang air kecil. Oleh itu, cairan dan mineral dalam tubuh akan terus berkurang. Padahal selama berpuasa, tidak ada cairan yang masuk untuk menggantikannya.

MAKANAN PEDAS

Mengambil makanan pedasketika bersahur boleh membuatperut anda tidak selesa. Makananyang pedas boleh meningkatkanparas asid di dalam perut, sehinggamembuat anda merasa kembung,sakit perut, hingga cirit-birit.

MAKANAN MANIS

Terlalu banyak mengambil makanan manis ketika sahur, boleh meningkatkan kadar gula darah secara mendadak. Hal tersebut boleh membuat anda merasa bersemangat hanya dalam waktu satu hingga dua jam saja, kemudian anda akan merasa keletihan dan mengantuk. Selain itu, makanan manis juga boleh memacu terjadinya diabetes dan obesiti.