Ekspedisi G7 “Trans Chamah -Ulu Sepat” Cabar Kekuatan Mental Pendaki


Gunung Chamah merupakan gunung paling tinggi di Kelantan dan juga salah satu daripada tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai G7. Tingginya melebihi 2,171 meter(7,000 kaki) di atas paras laut. Terletak berdekatan dengan sempadan negeri Perak, ia merupakan antara gunung yang jarang dikunjungi dan terokai.

Gunung Ulu Sepat pula terletak di hutan simpan Royal Belum berdekatan Tasek Temenggor, berjiran dengan Gunung Chamah. Dari segi geografi sebahagian daripadanya berada dalam negeri Perak dan sebahagian lagi di Kelantan.Ketinggiannya 2,161 meter(7,089 kaki) di atas aras laut.Ia juga merupakan satu daripada gunung G7.

Apa di sebalik nama G7?Untuk rekod huruf “G” bermaksud gunung manakala angka “7”pula mewakili ketinggian yang melebihi 7,000 kaki dari paras laut. Kebetulan pula ada tujuh puncak gunung yang melebihi paras berkenaan di Semenanjung Malaysia.Semua gunung G7 berada dalam jajaran Banjaran Titiwangsa kecuali Gunung Tahan di Pahang.Tiga lagi gunung G7 berada di Perak.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan