Insurans Kenderaan Terbaik Khas Untuk Guru


Industri insurans kenderaan di Malaysia telah melalui satu lagi fasa penting yang menyaksikan berlakunya liberasasi untuk tarif kenderaan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.Sejak tarikh itu, suasana pasaran dalam industri insurans kenderaan di negara ini telah berubah daripada tenang,konsisten, serta mudah diramal kepada yang lebih berdaya saing,bersemangat dan mencabar.

SEBELUM LIBERALISASI

Sebelum 1 Julai 2017, jumlah yang perlu anda bayar bagi mendapatkan perlindungan insurans kenderaan anda adalah lebih kurang sama dengan semua individu pemilik kenderaan yang lain kerana kadar atau tarifnya ditentukan oleh beberapa faktor seperti model kenderaan dan kapisiti enjin,tanpa mengambil kira mana-mana syarikat penanggung insurans.

SELEPAS LIBERALISASI

Setelah berlaku proses liberalisasi dalam industri insurans kenderaan tempatan, premium insurans kenderaan anda kini ditentukan berdasarkan profil risiko pemilik sendiri selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan seperti di atas.Ini bermakna, pemilik kenderaan boleh membayar amaun yang lebih mahal mahupun murah untuk polisi insurans kenderaan mereka bergantung kepada faktor tertentu, antaranya seperti cir-ciri keselamatan kenderaan, lokasi kenderaan berada, selain kesalahan lalu lintas yang pernah direkodkan.Memandangkan antara matlamat liberalisasi insurans kenderaan diperkenalkan adalah untuk menggalakkan sikap pemanduan selamat, ini bermakna pemandu atau pemilik kenderaan berhemah yang tidak pernah membuat tuntutan akibat kemalangan serta tiada rekod kesalahan lalu lintas tentunya lebih berpeluang membayar amaun yang lebih rendah atau murah untuk polisi insurans jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam kelas yang sama tetapi mempunyai sejumlah sejarah kemalangan serta saman kesalahan lalu lintas.

JADI BAGAIMANA INI MEMBERI KESAN KEPADA GURU YANG JUGA PEMANDU DAN PENGGUNA?

Kini pelbagai syarikat pembekal polisi perlindungan insurans menawarkan bermacam jenis produk, pakej yang boleh diubah suai pada kadar harga yang berbeza, maka pelanggan boleh meninjau dan memilih pakej perlindungan insurans ideal yang sesuai dengan gaya hidup serta kenderaan mereka.Ini sesuatu yang mustahil boleh diperoleh sebelum liberalisasi industri insurans berlaku.Bagi kami di Kasih Guru,keselamatan anda dan orang yang anda sayangi adalah keutamaan kami. Justeru semua pelan insurans kenderaan kami disediakan oleh syarikat insurans terkemuka dan paling dipercayai di Malaysia iaitu Kurnia insurans.

Pelan insurans kenderaan terbaru Kurnia, auto 365 Premier Comprehensive adalah salah satu produk insurans kenderaan terbaik dipasaran pada hari ini. Ia memberikan anda perlindungan insurans kenderaan mutlak dengan pelbagai faedah tambah nilai.Tambahan perlindungan semua risiko baharu, berbanding dengan senarai risiko standard sedia ada menjadikan auto 365 Premier Comprehensive perlindungan sempurna bagi mereka yang memiliki kenderaan baharu dan mahukan perlindungan yang menyeluruh.

Pakej auto 365 Comprehensive Premier dilengkapi dengan TUJUH PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAHARU di samping semua perlindungan standard sedia ada.

Dengan perlindungan yang lebih komprehensif, anda boleh berulang-alik memandu kesekolah setiap hari tanpa sebarang kebimbangan. Bukan itu sahaja,murid juga beroleh manfaat apabila keselamatan guru terjamin di jalanraya.

Nikmati kemudahan bayaran secara ansuran untuk insurans kenderaan anda apabila anda memperbaharui polisi insurans kenderaan dengan Kasih Guru.Tawaran ini khusus hanya untuk para guru. Bukan itu sahaja, anda juga akan menikmati khidmat bantuan jika berlaku kerosakan atau kemalangan dalam perjalanan hingga sejauh 350 kilometer.Jadi, segeralah lawati laman web kami di www.kasihguru.com.my dan mendaftar untuk mendapatkan perlindungan insurans dengan faedah terbaik untuk kenderaan anda.Biarkan Kasih Guru dan Kurnia Insurans memikul tanggungjawab melindungi keselamatan anda sementara anda tumpukan perhatian membantu membentuk masa depan anak-anak bangsa.