Kembali Pada Teras Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam atas lantikan sebagai Menteri Pendidikan yang baharu. Dalam suasana yang begitu mengujakan selepas Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018, rakyat Malaysia menerima peneraju baharu yang akan memikul amanah untuk memartabatkan pendidikan negara dalam era Revolusi Industri 4.0 ini.Malahan, Kementerian Pendidikan kembali digabungkan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah satu pentadbiran.

Seluruh warga pendidikan menaruh kepercayaan bahawa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat pilihan yang tepat dalam meletakkan seorang pensyarah universiti yang mempunyai latar belakang pendidikan yang mantap untuk memberikan sumbangan bermakna dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Sesungguhnya pendidikan menjadi tunjang kepada kemajuan sesebuah negara.Di Malaysia,pernyataan ini terbukti benar apabila pemerintah memberikan penekanan melalui pelbagai penyata dan laporan pelajaran sejak sebelum negara merdeka lagi. Penyata Razak yang dibangunkan pada 1956 merupakan satu manifestasi sikap toleransi masyarakat ketika itu kerana selepas Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dihasilkan,ternyata masih belum ada satu hala tuju yang nyata untuk negara yang bakal mengecapi kemerdekaan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan