Pendidik Jun 2018
Pena Pengarang

                                                      Era Baru bersama Menteri Pendidikan Baharu                                                                                                                                     

Sektor pendidikan memang sepatutnya menjadi titik penentu masa depan sesebuah negara. Apabila visi pendidikan tidak jelas,yang dipertaruhkan adalah kesejahteraan dan kemajuan negara bangsa tersebut.

Visi pendidikan harus diterjemahkan ke dalam sistem pendidikan yang memiliki sasaran jelas,dan mampu menangani masalah negara bangsa.Oleh yang demikian, perubahan dalam semua peringkat sistem pendidikan negara merupakan suatu perkara yang serius dan harus disertai dengan dasar visi yang mantap dalam menjawab tentangan zaman akan datang.

Kita harus ucapkan terima kasih kepada kerajaan terdahulu kerana memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Banyak kemajuan ditempa sepanjang lebih enam dekad yang lalu.Hasil daripada Laporan Razak (1956),kemudiannya Laporan Rahman Talib(1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet(1979), penggubalan Akta Pendidikan1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.

Pada 9 Mei 2018, tampuk pemerintahan negara ini berubah kuasa selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.Pada lazimnya akan ada perubahan dan pembaharuan, terutama dalam soal membabitkan dasar pendidikan negara.

Dr. Maszlee Malik, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan dalam Kabinet baharu Tun Dr, Mahathir Mohamad,bertekad menambahbaik sistem pendidikan sedia ada yang dilihat cenderung berorientasikan peperiksaan.

Beliau juga mahu memastikan wujud sistem sokongan bagi memastikan sektor pendidikan negara ini mampu diangkat ke peringkat antarabangsa serta menjadikan rakyat lebih berdaya saing.Beliau melihat sistem pendidikan yang sedia ada memerlukan penambahbaikan.

Beliau ingin membawa sistem pendidikan seperti negara maju yang lebih mementingkan konsep pembentukan sahsiah diri,menghasilkan individu yang lebih berinovasi dan kreatif.

Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu dilakukan untuk memperbaiki kualiti dengan menekankan pendidikan secara holistik dari segi jasmani,emosi dan intelek selaras dengan Enam Aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rakyat Malaysia terutama golongan guru dan ibu bapa mengalu-alukan beberapa janji dalam manifesto Buku Harapan,Pakatan Harapan untuk mewujudkan sistem sokongan seperti pembantu guru,mengecilkan bilangan murid di dalam kelas dan meringankan beban guru.

Berilah guru keseronokan dan kebahagiaan ketika mengajar disekolah,bukannya membebankan tugas dan tangggungjawab mereka yang sememangnya berat untuk membina sebuah masyarakat dan bangsa yang berjaya.

Bersama-sama dengan Menteri Pendidikan yang baharu, marilah kita melangkah kepada sistem pendidikan era baru, yang mana pembelajaran dan pengajaran akan lebih menyeronokkan dan menggembirakan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Dr. Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam atas lantikan sebagai Menteri Pendidikan yang baharu. Dalam suasana yang begitu mengujakan selepas Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018, rakyat Malaysia menerima peneraju baharu yang akan memikul amanah untuk memartabatkan pendidikan negara dalam era Revolusi Industri 4.0 ini.Malahan, Kementerian Pendidikan kembali digabungkan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah satu pentadbiran.

Inspirasi

Mohd Sirhajwan Idek Anak muda Kota Belud diiktiraf Guru Malaysia bertaraf global

Kedudukan  geografinya yang terletak di sebelah pantai barat Negeri di Bawah Bayu,Sabah,menjadikan daerah Kota Belud kaya dengan pelbagai tarikan semula jadi termasuk menghidangkan keindahan panorama yang amat mengasyikkan.

Rencana Umum

Titisan Ilmu Taburan Budi: Didik Hibur Santai Lebih Menyeronokkan

Program bual bicara ilmu; Titisan Ilmu Taburan Budi (TITB) masuk siri keenam penganjurannya.Berlangsung di Dewan Auditorium Panggung Seri, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri(JKKN) Melaka, program kali ini disertai oleh 110 orang peserta dari seluruh negara.

Inspirasi

Persidangan Video Dalam Pendidikan “Bring The Real World Into Your Classroom”

Sebelum ledakan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi gaya pembelajaran murid di dalam kelas hanya tertumpu kepada ilmu yang disampaikan oleh guru semata-mata. Bagaimanapun,dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, murid dari seluruh dunia boleh belajar bersama-sama dengan persidangan video secara atas talian tanpa mengira masa dan lokasi.

Rencana Umum

Baharu Setahun Sudah Catat Rekod :Warga Diploma Seni Bina, Kolej Widad Cipta Nama Dalam Malaysia Book Of Record

Kolej Widad (WC) dan Kolej Universiti Widad(WUC) di Kuantan baru-baru ini mencatat kejayaan dan sejarah baharu dalam senarai pencapaiannya sejak ditubuhkan setahun lalu apabila 130 pelajar dan kakitangannya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya membuat lakaran analisis bangunan terbanyak dalam masa 24 jam.

Rencana Khas

Pendidikan Kanak-Kanak Di Rumah Kebajikan

Latar belakang kehidupan kanak-kanak di institusi jagaan atau rumah kebajikan jarang dipaparkan di media massa tetapi setiap kali dilaporkan ia mempunyai tarikan yang tersendiri dan menyentuh hati kalangan masyarakat.

sekolah pilihan

SMK Tinggi Kajang Hebat Kokurikulum

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang,sekolah premier yang kini hampir berusia 100 tahun menjelang 2019. Sekolah yang khusus untuk murid lelaki ini memiliki kehebatan dalam bidang kokurikulum.

rencana iklan

Insurans Kenderaan Terbaik Khas Untuk Guru

Industri insurans kenderaan di Malaysia telah melalui satu lagi fasa penting yang menyaksikan berlakunya liberasasi untuk tarif kenderaan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.Sejak tarikh itu, suasana pasaran dalam industri insurans kenderaan di negara ini telah berubah daripada tenang,konsisten, serta mudah diramal kepada yang lebih berdaya saing,bersemangat dan mencabar.

Kolumnis

Potensi Besar Alumni Bantu Kemenjadian Murid Dan Majukan Sekolah

Saban tahun, setiap sekolah mencipta sejarah tersendiri dalam menzahirkan ratusan murid melaluipembenihan ilmu yang dilakukan; membolehkan mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam meniti kehidupan masing-masing. Tidak kira murid menembusi pasaran kerja selepas meninggalkan bangku persekolahan atau setelah menamatkan pengajian tinggi, golongan ini akan mengisi keperluan modal insan dalam pelbagai arena tidak kira dalam sektor awam atau swasta mahupun meneroka peluang keusahawanan sebagai ahli perniagaan.

Nota Cikgu Pencen

Budaya Ilmu Menuju Negara Maju

Hidup ini memerlukan kita terus belajar mencari dan menguasai ilmu bagi mencapai kehidupan yang sejahtera dan bahagia.Kegigihan dan minat yang mendalam dalam apa juga bidang ilmu di dunia ini akan membuahkan kejayaan dan kesejahteraan kepada kehidupan seseorang.

Pendidikan Global

Nearly 2 Million Children Now Out Of School In Yemen Children’s Education Devastated After Three Years Of Escalating Conflict

In SANA’A, Yemen, nearly half a million children dropped out of school since the 2015 escalation of conflict in Yemen, bringing the total number of out-of-school children to nearly two million,according to a The United Nations Children’s Fund (UNICEF) assessment released on March this year.

Global Education

‘Protecting Education Would Prevent Terrorism’ - EAA Foundation

“He who opens a school doorcloses a prison?” - Victor-MarieHugo, French poet and writers.

“Education is the most powerfulweapon which you can use to changethe world.” - Nelson Mandela.

“Education is the only investment with Zero Risk and the dividend that comes out of it is Infinite.” - Mozabint Nasser, UNESCO Special Envoyfor Basic and Higher Education.

Rencana Umum

Sumbangan Bermakna Guru Perpustakaan Dan Media

Sejak sekian lama, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang memegang dua jawatan serentak, iaitu profesion guru dan mengurus pusat sumber sekolah (PSS) telah bergelumang dengan pelbagai kerenah pengurusan PSS selaras dengan kehendak pihak berkepentingan.

 

Kesihatan

5 Cara Aiman Kurus

Tahun 2018 baharu sahaja menuju ke gerbang suku kedua. Sebenarnya bila-bila masa sahaja boleh kita jadikan masa terbaik untuk memulakan satu perjalanan baharu yang positif dalam hidup.

eksplorasi

Ekspedisi G7 “Trans Chamah -Ulu Sepat” Cabar Kekuatan Mental Pendaki

Gunung Chamah merupakan gunung paling tinggi di Kelantan dan juga salah satu daripada tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai G7. Tingginya melebihi 2,171 meter(7,000 kaki) di atas paras laut. Terletak berdekatan dengan sempadan negeri Perak, ia merupakan antara gunung yang jarang dikunjungi dan terokai.

Gaya Hidup

Hindari Makanan Ini Ketika Sahur

Kualiti makanan sahur yang baik sedikit sebanyak dapat mempengaruhi puasa. Untuk nutrisi dalam tubuh dipenuhi, dan anda dapat menahan rasa lapar serta haus hingga waktu berbuka, sebaik-baiknya anda mengambil makanan dengan gizi yang lengkap ketika bersahur. Mengambil makanan yang tidak tepat, boleh mengganggu puasa anda, bahkan boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID