Ruang & Lorong

— oleh Cik Norizan Binti Yusof (K.B.P.A) —

Ruang perjalanan itu berliku
Laluannya sarat dengan kerikil tajam dan batu-batu
Lorong terus itu pasti sukar untuk ditemu
Apatah lagi jalan yang cerah tanpa halangan.
Ku mengharap laluan seindah lorong terus
Mengharap kesucian jiwa di jalan Tuhan.

Sejenak ingatanku terpalit
Dalam kegembiraan tentang hidup ini,
Karma hidup ini ada amaran
Dari Tuhan pencipta seluruh alam.
Jika benar jalan yang dilalui
Jalanku kelak dan tenang di persimpangan hari

Dalam setiap detik yang dilalui
Penantian, pertanyaan dan perjalanan
Aku gusar saat tatkala aku sendirian
Menghampiri jalan yang ditetapkan,
Lorongku kosong, ruang kusunyi.
Aku terduduk sendiri
Gagal dalam ruang yang diberi.

Cik Norizan Binti Yusof (K.B.P.A)
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
Kolej Universiti Widad
dan Kaunselor berdaftar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan