6 Perkara yang boleh buat anda tidak disukai


Hal yang kecil boleh membuat seseorang tidak disukai dalam pergaulan. Jika tidak mahu itu terjadi, jauhilah daripada melakukan enam kebiasaan yang berikut.

Sering sebar foto

Kajian ilmiah mendapati, kebanyakan orang tidak terlalu memberi perhatian pada pengguna media sosial yang meletak foto peribadi dengan jumlah yang berlebihan. Walaupun berkongsi gambar adalah hal positif, jangan sampai sesuatu yang anda sebar melukakan perasaan orang lain.

Membahas hal yang terlalu peribadi

Sahabat memang tempatnya mencurah perasaan, tapi jangan gemar mendedahkan hal yang terlalu personal pada awal hubungan. Kajian yang dilakukan Susan Sprecher dari Illinois State University menyarankan untuk berkongsi hal sederhana terlebih dahulu seperti hobi atau kenangan masa kecil.

Tidak terbuka

Tak ada gunanya menyembunyikan perasaan atau tidak mengutarakan pendapat yang sebenarnya dalam perbualan. Malah hal ini boleh membuatkan anda dianggap berperibadi 'palsu' yang tidak bersikap natural.

Selalu berkata ya

Anda mungkin berfikir boleh memenangkan hati banyak orang dengan selalu berbuat baik tanpa pernah berkata tidak. Faktanya, kajian oleh Washington State University pada 2010 menunjukkan, mereka yang bersikap begitu dianggap tidak punya pendirian atau menyimpan motif tertentu.

Bau ketiak dan berpeluh

Kajian oleh Monell Chemical Senses Center pada 2013 menunjukkan bahawa setiap orang suka menilai mana peribadi yang kompeten, percaya diri, dan berkeyakinan berdasarkan daripada bau peluh. Orang yang berbau peluh pada ketiaknya cenderung dicap kurang positif, jadi ada baiknya anda selalu menggunakan deodoran ketika berjumpa orang lain.

Terlalu merendah

Rendah diri adalah hal yang baik, tapi terlalu merendah diri tidak digalakkan. Sebab, mereka yang melakukan kritikan diri sendiri (self-criticism) yang berlebihan boleh menyebabkan kesan pada diri apabila tidak menghargai diri sendiri dan terlalu fokus pada kelemahan.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan