Makan Buah Sebelum Atau Sesudah Makan?


Buah merupakan sumber makanan yang tidak boleh anda ketepikan setiap hari. Buah termasuk salah satu syarat yang perlu dipenuhi dalam pola makanan seimbang. Masukkan buah ke dalam menu harian anda untuk memenuhi keperluan serat, vitamin, dan mineral.  Namun, perkara yang sering menjadi pertanyaan ialah bila sebenarnya waktu terbaik untuk makan buah? Sesudah atau sebelum makan?

Untuk mencukupkan keperluan vitamin, mineral, dan serat, anda digalakkan untuk mengambil buah sebanyak tiga hingga  lima bahagian setiap hari. Semakin pelbagai jenis buahnya, maka akan semakin banyak vitamin yang anda perolehi.

Namun bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, pengambilan buah boleh dilakukan sebelum makan. Hal tersebut dapat membantu anda merasa lebih cepat kenyang, sehingga boleh mengurangkan selera makan anda. Pengambilan buah yang tinggi serat, baik sesudah atau sebelum makan, dapat memberikan beberapa manfaat, antaranya adalah:

  1. Memperlahan waktu perut kosong, sehingga akan menyebabkan anda merasa kenyang lebih lama. Ini dapat membantu anda untuk mengawal nafsu makan.
  2. Membantu penyerapan zat gizi lebih teratur sehingga gula dalam darah dapat lebih terkawal.
  3. Membantu menghalang penyerapan kolesterol.
  4. Melancarkan proses pencernaan, sehingga saluran cerna anda menjadi lebih sihat.
  5. Pengambilan buah yang tinggi kadar airnya dapat membantu anda agar terus segar dan tidak terhidrasi.

Nota: Dalam amalan Sunnah Rasulullah SAW pun digalakkan umat Islam makan buah dahulu sebelum menjamah makanan lain.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan