Suhana Abdullah

Suhana Abdullah

Khamis, 30 Ogos 2018 10:31

Sir Zawawi Penuhi Impian Ibu

Pertama kali bertemu dengan guru yang juga pelukis mural hebat ini, Haji Mohamad Zawawi Abu Bakar, 60 sememangnya pasti ramai tidak menyangka dia merupakan seorang guru Bahasa Inggeris. Memiliki raut wajah yang sedikit serius, Zawawi persis seorang guru disiplin yang tegas dengan murid-muridnya. Namun telahan tersebut ternyata salah sama sekali kerana personalitinya yang cukup bersahaja dan ‘sempoi’ membuatkan lelaki ini cukup mudah untuk didekati.

Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025 berlangsung di Putrajaya pada awal Ogos lalu. Majlis yang dihadiri oleh 500 orang peserta ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Pada majlis tersebut, Maszlee melancarkan Laporan Tahunan 2017 yang mengandungi maklumat mengenai status kemajuan inisiatif pendidikan di bawah PPPM pada tahun 2017.

Usaha membangun dan memajukan bidang sukan sebenarnya bukan mudah. Ia merupakan proses kompleks,berterusan dan sangat dinamik, yang berkehendakkan segenap lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing.Tujuannya bagi memastikan matlamat Dasar Sukan Negara(DSN) serta sasaran yang ditetapkan bagi program pembangunan setiap jenis sukan di Malaysia dapat dicapai.

Memasuki tahun ke-10 penganjuran, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN atau ASEAN School Games (ASG) selepas berjaya menganjurkan ASG edisi kedua pada tahun 2010.

Seramai lebih kurang 535 orang terdiri pelajar Widad University College dan Widad College menerima bantuan berjumlah RM113,750.00 menerusi penyampaian sumbangan zakat dari Zakat Etiqa, MUIP dan Yayasan Royal Widad.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan 2018 telah melabuhkan tirai pada bulan Julai yang lalu. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu menonjolkan pasukan dari Selangor selaku tuan rumah telah berjaya mengelola kejohanan pada tahun ini dengan jayanya.

Inovasi menjurus kepada usaha dan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik, sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat secara keseluruhannya.

 

Program bual bicara ilmu; Titisan Ilmu Taburan Budi (TITB) masuk siri keenam penganjurannya.Berlangsung di Dewan Auditorium Panggung Seri, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri(JKKN) Melaka, program kali ini disertai oleh 110 orang peserta dari seluruh negara.

Misi pengembaraan untuk menjejakkan kaki ke Trans Slim melibatkan pendakian empat puncak iaitu Gunung Liang Timur, Gunung Liang Barat, Gunung Tumang Batak dan Gunung Chondong Gelinting. ‘Tran Slim’ adalah pendakian naik ke empat buah gunung dan turun tidak menggunakan trek pendakian yang sama iaitu melalui jalan yang berbeza.

Baru-baru ini majalah Pendidik telah menerima kunjungan tiga orang pegawai kanan dari Bahagian Kewangan,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),Putrajaya ke Kilang Percetakan Wardah Communication Sdn. Bhd. yang terletak di Balakong, Selangor bagi meninjau dan menyaksikan sendiri proses mencetak majalah yang disasarkan khusus buat warga pendidik ini.

Halaman 1 dari 2