Guru Waktu Mengajar Kata Bahasa Budi Lantunan Jiwa Perkasa Bahasa Indahnya Rupa

— oleh IJAMALA MN —

Kerana hari ini
Adalah engkau
Yang melukis kata
Dari bahasa
Dari rimbun hijau
Nusantara
Dari bahasa
Menyeberang waktu
Pendalaman yang kaya
Pedoman
Yang ampuh kini

Guru waktu mengajar kata
Bahasa budi lantunan jiwa
Mengajar dewasa
Gua waktu adalah waktunya
Gua waktu adalah rupanya
Kita semakin dewasa
Kita semakin berperibadi
Kau pejuang ampuh
Dari zaman berzaman
Kerana aku tahu engkaulah
Sahabatku dalam mengajar
Erti hidup yang bermakna

IJAMALA MN
Kampong Jamuan, Kuala Kangsar.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan