DOA TERCANTIK SEORANG HAMBA

— oleh SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY —

Seseorang bertanya
tentang doa tercantik,
sudah puas dia berdoa
di bawah pohon percaya
melihat orang lain berjaya
melihat orang lain bahagia
dia masih menganyam harapan
di pinggir kecewa

Dengarlah suara hatimu
doa tercantik
dari seorang hamba
yang ikhlas mendamba
tanpa jemu
adalah suara merdu
orang berdoa

Teruslah berbeka-beka
pada pemberi pahala
menadah tanpa meminta
adalah menadah tanpa percaya
pada firman-Nya.

SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY
PPJ Batu Pahat, Johor


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan