Cerpen: Batik Sutera Alas Meja


Lawatan sekolah saat yang nantikan. Semua guru ingin mencari sebuah ketenangan setelah berhempas pulas dengan segala diari persekolahan. Kamus pembelajaran seakan tertutup. Membuka lembaran baru melalui sebuah percutian indah.

Cikgu Hakim selaku tulang belakang rombongan penuh bersemangat memenuhi perut bas. Cikgu Nurin selaku guru besar juga tersenyum sampai ke telinga. Hati guru-guru lain melompat keriangan. Dari utara meredah ke negeri Pantai Timur. Jauh mengembara mencari kedamaian.

Semua destinasi telah dilawati untuk memenuhi tentatif program. Segenap ceruk bandar Kuala Terengganu diterokai. Indah dan damai negeri yang diberi jolokan penyu bertelur itu.

“Destinasi seterusnya, guru-guru akan pergi ke tempat membuat batik terkenal. Noor Arianna Batik.” Kata-kata Cikgu Nurin berbau arahan membuatkan ada yang tercengang. Tiada dalam perancangan langsung.

Ada yang teruja mendengar kain batik terutama guru-guru perempuan. Terbayang terus helaian batik yang cantik dengan warna dan corak. Mengunjungi gedung batik terkenal satu peluang keemasan yang sudah lama dinantikan. Hati bagai bulan jatuh ke riba.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan