Tomato - Buah atau Sayur?


Tomato dari segi bentuk adalah buah. Fakta itu kerap mengejutkan murid sekolah yang mempelajari sains asas di seluruh dunia. Tapi ternyata meskipun tomato secara teknik adalah buah, secara penggunaannya dianggap sebagai sayur.

Perdebatan buah atau sayur itu sudah berlaku sejak lama, sekurang-kurangnya pada abad ke-19, ketika Mahkamah Agung Amerika Syarikat bertanya “apakah tomato buah atau sayur?”

Pertanyaan ini muncul setelah pengimport buah berbalah jika tomato adalah buah dan bukan sayur, tomato boleh bebas daripada cukai. Di AS, ada peraturan bahawa sayur harus dikenakan cukai import 10 peratus.

Mahkamah Agung AS menerima pendapat, dalam bidang botani - tomato termasuk ke dalam kategori buah. Dalam ilmu tumbuhan, “buah” merujuk pada struktur bentuk tanaman yang berbunga.

Tapi tomato diputuskan termasuk ke dalam kategori sayur kerana sering dijadikan bahan masakan. Perhatikan tomato masih diguna untuk salad, sup atau sandwich. Jadi tomato secara perundangan dianggap sayur, bukan buah.

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan