Tuan Hussein Kedah - Sebar Ilmu Guna Kalam, Qalam


Bumi Melayu tidak pernah sunyi dengan kehadiran para pendidik atau murabi sejak dari zaman awal kedatangan Islam sehingga ke hari ini. Kehadiran mereka telah memberikan harapan kepada pembangunan tamadun umat. Sejak dari awal ramai pendidik atau murabi khususnya dari Tanah Arab seperti Syeikh Abdullah al-Qumairi, Syeikh Abdullah Arif, Syeikh Abdul Aziz Jeddah, Syeikh Ismail dan lain-lain telah datang ke Tanah Melayu bagi mendidik anak tempatan dengan ilmu-ilmu keislaman.

Untuk jangka masa panjang, mereka telah berjaya meninggalkan legasi ilmu yang amat bermakna buat generasi seterusnya. Legasi ilmu ini kemudiannya diambil alih oleh anak Melayu sebagai mata rantai murabi kepada penduduk setempat. Merekalah yang menggalas tugas sebagai pendidik untuk meneruskan ketamadunan umat Melayu. Antara yang tidak dapat dipisahkan dalam kelompok ini ialah seorang tokoh pendidik dari Semenanjung Malaysia, khususnya dari negeri Kedah, iaitu Tuan Hussein Kedah.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan