“From Zero To Hero” Untuk Kelas Yang Mencabar


Setiap awal tahun apabila sesi persekolahan bermula, sudah pasti semua pihak tidak sabar untuk memulakannya. Baik ibu bapa, penjaga, pelajar dan guru sendiri, sudah pasti segala keperluan akan disediakan selengkap yang boleh mengikut kemampuan untuk membolehkan segala urusan persekolahan dapat dilunaskan dengan sesempurna mungkin. Pihak ibu bapa atau penjaga pelajar sendiri, mungkin sudah membuat persiapan sebelum berakhirnya cuti persekolahan yang panjang pada tahun sebelumnya.

Syukurlah dengan segala keupayaan pihak keluarga, ditambah dengan pelbagai jenis bantuan persekolahan oleh pihak kerajaan terutamanya menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat meminimumkan segala bebanan atau permasalahan yang mungkin bakal menjengah.

Bagi warga pendidik pula, tugas yang perlu ditangani biasanya bermula dengan melunaskan pelbagai tanggungjawab dan tugas-tugas rencam yang lazimnya hadir pada awal tahun persekolahan sebelum tugas hakiki warga pendidik akan terus dilaksanakan dalam semangat mahu memartabatkan profesion keguruan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan