Pendidik Julai 2017
Pena Pengarang

Sekat Budaya Buli
Dari Peringkat Sekolah

Cuba bayangkan anda sendiri dimarahi dan dimaki. Kemudian kena tampar pada muka, ditumbuk dan ditendang pada bahagian badan.

Itu belum dahsyat lagi seperti mana yang dialami oleh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan remaja bernama T. Nhaveen, 18 dari Pulau Pinang serta mangsa lain yang terkorban akibat perbuatan buli. Biasanya mangsa buli itu meninggal dunia kerana dipercayai didera oleh sekumpulan rakan mereka.

Apakah yang menyebabkan murid dan remaja menjadi semakin liar, ganas sehingga sanggup membunuh rakan sendiri? Persoalan yang melingkari pemikiran kita, mengapakah kes buli ini terjadi lagi – bulan demi bulan, tahun demi tahun?

Kes buli melibatkan murid sekolah rendah mungkin boleh dikaitkan dengan masalah pembelajaran atau masalah penyesuaian diri dalam sistem sosial di luar pergaulan ahli keluarga kanak-kanak tersebut.

Begitu juga di sekolah menengah, pembuli kebiasaannya berdepan masalah serupa tetapi sikap mereka mungkin diburukkan lagi dengan masalah keluarga mahupun terpengaruh dengan unsur luar seperti gengsterisme.

Mereka yang didera dan diseksa secara mental atau fizikal oleh ‘senior’, mahupun mereka yang menyaksikan rakan dibuli, berpotensi mengulangi perbuatan sama terhadap orang lain khususnya ‘junior’ mereka kelak.

Budaya buli atau ragging yang menjadi amalan di sekolah, pusat pengajian tinggi dan pusat latihan tidak lagi sesuai dipraktikkan pada masa sekarang. Gejala ini perlu disekat.

Tiada siapa yang mahu kitaran waris pembuli ‘senior-junior’ ini berterusan. Tradisi kononnya ada pihak yang berasa mereka ‘berhak’ melakukan penderaan serupa terhadap orang lain di institusi pendidikan mesti dihapuskan.

Jika tidak dihalang lebih awal, ada kemungkinan budaya itu melarat di tempat kerja, bukan sahaja menindas kakitangan baharu malah membuli kakitangan berlainan pangkat.

Di sekolah rendah, pembuli mungkin sekadar meminta duit, makanan atau mahu meniru kerja sekolah jika tidak mahu dipukul. Tetapi di peringkat sekolah menengah hingga memasuki alam pekerjaan, kes buli mungkin melibatkan perkara lebih serius seperti menolak beban kerja kepada orang lain, menolak kesalahan sendiri ke atas rakan sekerja, gangguan seksual dan bermacam cara lain jika tidak mahu dikenakan ‘tindakan’ tertentu.

Oleh itu berilah sokongan kepada pihak berkuasa termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia jika terpaksa bertindak tegas terhadap murid yang melakukan buli. Terdapat beberapa tindakan mengikut peraturan diambil terhadap pembuli.

Penyingkiran murid yang terbabit dengan buli daripada sistem persekolahan, salah satu tindakan keras tetapi terpaksa dilakukan sebagai peringatan kepada murid lain. Tindakan menakut-nakutkan murid lain dan menindas mereka mesti dihentikan.

Tahun ini buat kali pertama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan undian secara serentak di semua negeri bagi memilih kontraktor untuk melaksanakan semua Projek Penambahbaikan dan Penyenggaraan Sekolah Menggunakan Peruntukan Tabung Khas (PPKHAS) 2017 di seluruh negara.

Tetap

P. Kamalanathan lancar Kit E-Learning Bahasa Tamil

Kit Program Bermain dan Belajar Bahasa Tamil (The Play and Learn Tamil Alphabets) itu yang dilengkapi dengan video, audio, kad imbasan, scrabble dan buku latihan juga akan membolehkan PdP Bahasa Tamil lebih menyeronokkan.

Pemikiran Mahdzir

Pertukaran Guru Dan Penempatan Guru Baharu

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarkan kepada Kepentingan Perkhidmatan, Kekosongan Perjawatan serta Keperluan Opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dipohon. Selain itu, beberapa kriteria lain juga turut diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan permohonan pertukaran tersebut iaitu melibatkan sakit kronik, ancaman keselamatan, mengikut pasangan, tempoh berkhidmat di sesebuah sekolah dan lain-lain alasan munasabah dan wajar.

Semasa

Capaian Internet laju kurangkan beban guru

Sejajar dengan teknologi komunikasi bermaklumat (ICT), kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 dapat menguasai teknologi maklumat. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan negara khususnya dalam meningkatkan minat murid, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan mereka melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Inovasi Sekolah

CIDS Permudah Guru Laksana Pengajaran

Penasihat Utusan Pela­jar dan Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain berjaya membangunkan Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (Collaborative Instruc­tional Design System, CIDS) yang pertama di dunia.

Tumpuan

Tambah baik sekolah - Bangunan sekolah yang baik dan situasi selamat memberikan keselesaan kepada guru dan murid

Peranan kerajaan dalam membangunkan sektor pendidikan bukan sahaja merangkumi soal dasar dan kurikulum tetapi meliputi pembangunan kemudahan sekolah-sekolah di seluruh negara. Jika diimbas kembali usaha kerajaan dalam membentuk sistem pendidikan nasional ke arah kemenjadian murid adalah amat besar sejak negara mencapai kemerdekaan.

Rencana Umum

Tangani Masalah Disiplin Dengan Penuh Ihsan

MENTERI Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid semasa menghadiri Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan yang lalu telah menegur pihak-pihak tertentu yang suka menyebarkan sesuatu isu menjadi viral atau tular di media sosial.

Kesihatan

Rasa Mengantuk Datang Selepas Makan?

Sebahagian besar orang dapat menerima kenyataan bahawa selepas makan, perut merasa kenyang dan tak lama kemudian mengantuk. Bagi mereka yang bekerja atau bersekolah, fenomena ini tentu saja menjadi masalah.

Rencana Umum

Dasar Satu Murid Satu Sukan

SUKAN pada hari ini bukan sekadar berlari, melompat dan berenang, tetapi adalah karier yang menjadikan seseorang jutawan, tersohor dan menjadi ikon setempat, negara dan dunia.

Pendidikan di beberapa negara maju ialah study and sport. Anda mungkin berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universti atau kolej terkemuka kerana status akademik yang gempar, tetapi tidak mendapat biasiswa kerana tidak berbakat langsung dalam sukan!

Kolumnis

Anjakan 3: Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Menghayati Nilai

ANJAKAN KE-3

 

Sistem pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya serta berupaya mengenali budaya sekeliling melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai positif bagi tujuan perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda akan datang. Penghayatan nilai dalam kalangan murid sekolah merupakan satu aspek yang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penghayatan nilai ini merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam Anjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang mampu menghayati nilai.

Kolumnis

PAK-21: Murid Orang Asli Tidak Terpinggir

Muhammad Nabil Bin Kamisi adalah seorang murid Orang Asli berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang (S3K), Jalong Tinggi, Sungai Siput Utara, Perak dan berada dalam Tahun 4. Sama seperti anak Orang Asli yang lain di S3K, Nabil juga sangat pemalu dan merendah diri. Pemalu dan rasa rendah diri memang sudah diketahui sebagai antara sifat tegar masyarakat Orang Asli di negara ini.

Kolumnis

Perangi Sikap Etnosentrisme Dalam Diri Murid

Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang berperanan mendidik dan membekalkan murid dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebagai menyediakan golongan ini menghadapi tuntutan masa hadapan. Tuntutan masa hadapan ini bukan sahaja memerlukan seorang murid menguasai ilmu, pengetahuan dan kemahiran tetapi juga memahami nilai, norma dan etika kemasyarakatan. Hal ini amat penting bagi murid untuk pembentukan karakter dan membolehkan mereka mengadaptasikan diri menghadapi persekitaran pelbagai etnik dengan minda yang rasional dan terbuka.

Kolumnis

Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21

Jika diteliti peranan guru dalam Abad Ke-21 memang rencam dan mencabar. Guru terpaksa memberikan komitmen tinggi demi menggalas tugas sebagai pendidik, pengajar dan pembimbing murid. Kini dalam era globalisasi yang pantas dan penuh persaingan guru juga terpaksa menghadapi cabaran zaman, tidak boleh ketinggalan zaman.

Rencana Umum

Objektif Pendidikan: Pembelajaran atau Pengajaran?

Pendekatan pendidikan tradisional dikatakan memberi tumpuan kepada aspek pengajaran dan bukannya pembelajaran. Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa setiap apa yang diajar kepada murid akan mampu diserap oleh mereka sepenuhnya. Ia merupakan satu anggapan yang jelas tidak benar.

Pendidikan Global

UNHCR Volunteer Teacher Proud To Educate Children Of Refugees

Rose J Ngau is a Malaysian, and has been a volunteer with UNHCR, the UN Refugee Agency since 2014. She is a certified and trained Montessori Pre-School Teacher with a Diploma in International Montessori Pedagogy from London.

She is now a volunteer at the UNHCR office itself, but she began by volunteering at a refugee learning centre run by refugees themselves in Malaysia, teaching English to Primary 1 and 2 students several times a week.

Rencana Umum

Ibu bapa, pelajar teruja di Kolej Matrikulasi Melaka

PUKUL 8.00 pagi, 5 Jun 2017, Kolej Matrikulasi Melaka yang terletak di Londang Masjid Tanah, Alor Gajah yang sebelum ini sepi, mula riuh rendah dengan kedatangan kira-kira 2,000 pelajar baru yang diiringi ibu bapa masing-masing, berduyun-duyun mendaftar sebagai permulaan sesi pembelajaran 2017.

Halaman 1 dari 2