Warga Guru Memartabatkan Negara

— oleh Ahmad Safarman Dollah —

Masa lampau dan masa kini kita
Adalah lahir daripada pengajaran seorang guru
Mendidik, mencurah, dan menyebarkan
Dialah warga guru memartabatkan negara
Warga guru yang gagah merempuh halangan
Berjiwa besar berhati nurani
Rela berkorban dalam apa saja

Hanya kerana warga guru
Akar ilmu itu terus menyubur megah
Api kepandaian merebak
Bara semangat menyala-nyala
Di setiap lontaran dan getaran suara
Bergema, berpadu dan bersatu
Kerana anak didik itu
Harus mewarisi cabang ilmu
Menggenggam amanah
Sampai ke akhir hayat

Wahai warga guru
Kembalilah warna sejarah ilmu
Dengan penuh keceriaan
Menjalin ikatan dan tapak unggul
Menjadikan seseorang insan yang gagah
Yang padu dan bersatu kekuatan
Hanya kerana adanya ilmu di dada
Beranilah mereka menakluki samudera
Berjiwa besar dalam arah dan cita-cita
Setiap penjuru setiap masa

Ahmad Safarman Dollah
Sek Keb Kenering, Gerik, Perak

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan