Bimbing Ke Jalan Terang

— oleh Mohd Adid Ab Rahman —

Aku bimbing tangan anak-anak ke jalan terang cahaya
sehingga mereka benar-benar biru
kaya akhlak yang mawar dan banyak ilmu
itulah yang mengangkat maruahnya ke langit tinggi
tidak lagi dihina jijik pada kucing kurap
si penagih dadah yang makin terhakis kesempurnaan akal
hanya sisa-sisa dapur yang dibuang ke longgokan sampah
sungai yang tidak dipelihara apakah tidak tercemar?

Aku bimbing tangan anak-anak ke jalan terang cahaya
kerana mereka adalah amanah Tuhan
berdosalah aku mengkhianatinya
dan juga demi kasih sayang
agar tak terperangkap di dalam kesesatan

Mohd Adid Ab Rahman
SMKIS Jasin, Melaka

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan