Helaian Akhir

— oleh Hedzir Mohd Ali —

Helaian akhir sebuah persinggahan
Erat jemari mengenggam pasrah
Langit tafakur berselirat rahmah
Akan mengembara ke daerah jauh
Intisari sebuah kehidupan fana
Adalah secebis pengharapan suci
Namun resah di stesen penantian

Aku masih menghitung khilaf
Kuinsafi pengalaman silam
Hari esok semakin payah
Ingin membajai takdir
Resah menelusuri waktu tua...

Hedzir Mohd Ali
Cheras, Kuala Lumpur

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan