Cerdas Bebas Daripada Perut Buncit


Tidak semua kaum lelaki menyukai perut buncit. Selain merosakkan penampilan, lemak yang bertimbun di dalam perut juga sangat berbahaya pada kesihatan. Untuk itu segala cara dilakukan untuk menjaga bentuk tubuh kekal ramping. Langkah apa yang harus dilakukan supaya terhindar daripada masalah perut buncit?

Hindari minuman bersoda

Selain tinggi kalori, minuman bersoda juga tidak memberikan rasa kenyang, sehingga anda akan terdorong untuk terus meminumnya. Hal ini juga berlaku untuk soda diet, meskipun ada tambahan label diet, tetapi kandungan gula dan kalori di dalamnya tetap tidak baik terutama untuk penghidap diabetes.

Pengambilan walnut

Masukkan kacang walnut atau almond ke dalam menu diet anda. Selain rendah kolestrol, walnut juga mengandungi lemak tak tepu, yang akan membantu mengurangkan pengeluaran lemak jahat (LDL) dalam tubuh. Walnut juga boleh diambil untuk mengatasi masalah sembelit. Tapi jangan diambil secara berlebihan, minimum satu genggam kacang sahaja pada menu diet anda.

Tambahkan cili pada makanan

Cili dapat membantu tubuh membakar jumlah kalori yang setara dengan berjalan kaki selama 20 minit. Cili juga memiliki kemampuan untuk meningkatkan pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrisi daripada makanan. Lapisan luar biji cili juga mengandung fitonutrien yang memecahkan sel-sel lemak.

Rutin bersenam

Lakukanlah latihan fizikal secara rutin untuk membakar lemak tubuh. Anda dapat melakukan latihan seperti kardio, tekan tubi atau berenang. Acara senaman tersebut dapat membakar lemak perut dengan cepat. Sangat disarankan untuk melakukan tekan tubi ketika bangun dan sebelum tidur, agar hasilnya lebih maksimum.

Makan sedikit tapi kerap

Makanlah lebih kerap tetapi dalam jumlah yang kecil atau sedikit. Dengan makan sedikit tapi kerap maka perut anda tidak akan sempat merasakan lapar. Makan lebih kerap juga efektif untuk meningkatkan metabolisme tubuh sehingga anda boleh membakar kalori lebih banyak sepanjang hari.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan