Kebaikan Menangis


Menangis adalah salah satu bentuk ekspresi perasaan. Semua peringkat umur baik kanak-kanak hingga orang dewasa, pasti pernah menangis. Meskipun tersentuh dengan suasana duka atau sikap yang lemah, menangis sebenarnya mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Melegakan perasaan

Menangis adalah salah satu cara untuk melepaskan semua emosi di dalam diri. Sehingga kebanyakan orang selepas menangis akan merasa lega. Menangis juga dipercayai menjadi salah satu cara untuk melepaskan rasa stres.

Kaedah terbaik lepas kemarahan

Menangis juga menjadi salah satu cara meluahkan kekecewaan. Daripada harus menjerit-jerit atau merosakkan barang di sekeliling, menangis adalah cara terbaik untuk melampiaskan kemarahan.

Baik untuk jantung

Menangis ternyata dapat membantu menurunkan tekanan darah. Ini kerana ketika beremosi atau marah, tekanan darah di dalam tubuh akan naik, dan hal itu sangat tidak bagus untuk kesihatan jantung.

Mengatasi rasa duka

Satu-satunya cara seseorang untuk mengatasi rasa duka adalah menangis. Dengan menangis anda dapat memproses emosi atau amarah menjadi perasaan yang lebih baik.

Salah satu sifat semula jadi (fitrah) manusia

Menangis adalah salah satu bentuk perbuatan semula jadi. Anda tidak memerlukan rancangan atau arahan jika hendak menangis. Anda akan menangis ketika merasa sangat sedih, kesakitan atau bahagia.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan