Sekolah Lestari: Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Program Apresiasi Terhadap Alam Sekitar


Pemenang Anugerah Utama SLAAS 2017/2018, SMK St.Michael, Penampang, Sabah menerima hadiah RM10,000, plak dan sijil. Pemenang Anugerah Utama SLAAS 2017/2018, SMK St.Michael, Penampang, Sabah menerima hadiah RM10,000, plak dan sijil.

Selepas 10 bulan meneraju sekolah untuk tahun 2017, satu kepuasan kepada penulis sebagai pengetua dan penghargaan tertinggi buat semua warga sekolah apabila menerima anugerah di peringkat kebangsaan. Masih jelas di ingatan saya, sebaik sahaja pegawai penilai selesai menilai dalam bulan September. Kata-kata spontan saya kepada guru dan kakitangan dalam telegram rasmi sekolah adalah "Kerja tuan, puan first class".

Selang dua bulan, sekolah penulis (SMK Seri Aman, Kota Tinggi, Johor) diundang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia untuk hadir ke majlis Hari Alam Sekitar Negara, sekali gus menerima hadiah Sekolah Lestari: Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan. Amat bertuah, penghujung tahun 2017 itu bukan sekali tetapi dua hari berturut-turut penulis naik pentas menerima hadiah SLAAS. Sempena Hari Alam Sekitar Negara, SMK Seri Aman menerima hadiah Anugerah Khas (Pengurusan) Sekolah Lestari: Anugerah Alam Sekitar 2017/2018. Sehari selepas itu, sempena Hari Alam Sekitar Negeri, JAS Johor memberi penghargaan kepada sekolah kami, iaitu Tempat Pertama Sekolah Lestari: Anugerah Alam Sekitar 2017/2018.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan