Kasih Guru - Perlindungan Terbaik Untuk Pendidik


Seiring dengan peredaran zaman, tidak dapat dinafikan tugas sebagai guru atau pendidik pada hari ini hakikatnya semakin mencabar dan tidak terhenti setakat di dalam bilik darjah sahaja.

Bukan hanya sekadar menghabiskan silibus pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru juga banyak memainkan peranan penting dalam menggilap potensi yang ada pada diri setiap murid dalam membantu mencapai aspirasi dan impian yang mereka idam-idamkan, seterusnya menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Namun, pada hakikatnya guru juga hanya manusia biasa yang apabila melangkah keluar dari pagar sekolah, mereka juga dibelenggu dengan pelbagai masalah, kebimbangan serta bebanan yang sama seperti insan lain.

Atas dasar tersebut, Portal Kasih Guru telah diwujudkan hasil kerjasama Majalah Pendidik dengan beberapa rakan strategik bagi membantu meringankan bebanan seluruh warga pendidik daripada segala permasalahan tersebut melalui cara yang paling mudah, murah, dan cekap.

 

Apa itu Portal Kasih Guru?

Portal Kasih Guru merupakan satu platform atau medium atas talian (online) yang diwujudkan khas untuk memudahkan golongan warga pendidik mendapatkan keperluan perlindungan yang sewajarnya sesuai dengan jasa anda melahirkan modal insan berkualiti dan menjadi Pembina Negara Bangsa.

Yang dimaksudkan ialah skim-skim perlindungan Kasih Guru iaitu produk inovatif dan unik daripada Majalah Pendidik yang menyediakan perlindungan komprehensif terhadap warga pendidik terhadap sebarang risiko andainya terjadi sebarang insiden dalam kawasan sekolah yang berkaitan dengan tugas rasmi anda selaku pendidik dalam profesyen keguruan.

Dengan perlindungan risiko yang ditaja jamin sehingga RM25,000 di bawah pakej Pampasan/Ganti Rugi Profesional (Professional Indemnity), guru-guru tidak perlu lagi risau atau merasa terbeban jika berlaku insiden yang mungkin menyebabkan anda berdepan tuntutan ganti rugi mahupun diheret ke mahkamah oleh ibu bapa atau pihak tertentu yang lain.

Bukan itu sahaja Kasih Guru juga merangkumi pelbagai manfaat lain termasuk insurans perlindungan kenderaan yang dirancang secara khusus menawarkan faedah terbaik yang sesuai dengan keperluan serta rutin gaya hidup seorang guru.

Antara kelebihan insuran kenderaan yang kami tawarkan untuk warga pendidik adalah jarak perkhidmatan menunda kenderaan hingga sejauh 350 kilometer (km) berbanding hanya 50 km yang disediakan melalui pakej insurans kenderaan biasa.

Perbezaan jarak yang sangat besar ini semestinya akan mengurangkan kerisauan apabila anda terpaksa mengharungi perjalanan jauh terutama pada musim perayaan untuk pulang ke kampung atau menghadiri tugasan penting di luar daerah seperti menyelia peperiksaan penting, mahupun menghadiri program rasmi tertentu.

Selain itu, Portal Kasih Guru juga menyediakan pelan pembayaran mudah apabila anda melanggan skim perlindungan yang ditawarkan termasuk insurans kenderaan secara online.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengakses Portal Kasih Guru, pilih skim perlindungan anda, dan hubungi nombor yang tertera di portal. Kakitangan di pusat panggilan kami yang mesra dan profesional akan membantu anda berurusan dengan pihak bank yang berkaitan.

Di Kasih Guru, pelan insurans kenderaan kami disediakan oleh syarikat insurans terkemuka dan dipercayai di Malaysia, Kurnia Insurans dan sekali gus menjamin anda para guru untuk memperoleh antara perkhidmatan terbaik di pasaran. Kurnia menawarkan beberapa manfaat yang sangat hebat. Antaranya seperti Tuntutan Ekspres yang membolehkan anda mendapat kelulusan tuntutan sehingga RM5,000 dalam tempoh hanya 48 jam!

Turut disediakan, Kurnia One Touch App, aplikasi yang boleh dimuat turun pada mana-mana peranti mudah alih anda. Kurnia One Touch App membolehkan anda mengakses dengan segera semua perkhidmatan kecemasan 24 jam yang disediakan, seperti bantuan kenderaan rosak, perkhidmatan menunda, penggantian bateri, dan juga penghantaran bahan api hanya dengan menekan butang SOS pada skrin telefon pintar atau mana-mana peranti mudah alih anda!

Jadi, segeralah log masuk ke www.kasihguru.com.my dan daftar diri untuk mendapatkan faedah terbaik skim perlindungan Kasih Guru termasuk insurans kenderaan yang kami sediakan untuk anda, kerana anda telah memberikan pendidikan terbaik untuk semua anak Malaysia dan berjasa membantu membina negara.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan