KBAT Sasar Kualiti Bukan Dapatkan 'A'


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan kemahiran penting untuk dikuasai murid. Inisiatif untuk memupuk KBAT dalam kalangan murid diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan wPendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2028 bagi memastikan murid bersedia dengan cabaran masa hadapan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan instrumen yang lebih berkesan dalam pentaksiran holistik murid.

Namun keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) barangkali mengecewakan harapan sesetengah ibu bapa apabila bilangan murid yang mendapat banyak A semakin berkurang. Salah satu sebab yang sering diperkatakan oleh ibu bapa tentang kekecewaan mereka adalah kerana murid tidak biasa dengan format baharu peperiksaan.

Maknanya sasaran dapatkan seberapa banyak A masih jadi keutamaan mereka. Sebenarnya ibu bapa dan guru sendiri perlu faham apa matlamat KBAT dilaksanakan.

 

Log masuk atau Langgan untuk teruskan pembacaan

Seksyen in hanya boleh dilawat diakses oleh ahli yang mempunyai plan pelan langganan yang aktif sahaja.

Langgani
Pendidik dan
jimat RM50!

Langganan anda termasuk :

  • Keahlian Kelab Pendidik
  • Potongan Harga
  • Isu Istimewa
  • Notifikasi berita terkini

Log Masuk Langgan