Pendidik Januari 2018
Pena Pengarang

beralih kepada
pendidikan digital

Dunia kini menghadapi  kebangkitan era ekonomi digital yang merupakan kuasa baharu dalam penjanaan ekonomi antarabangsa. Malaysia juga tidak terkecuali.

Tahun baharu 2018, Malaysia perlu bergerak ke depan dan beralih daripada sistem pendidikan konvensional kepada pendidikan digital bagi menghadapi cabaran revolusi ekonomi dan industri yang dipacu oleh ledakan teknologi digital.

Jika transformasi pendidikan ini dapat dijayakan, maka perisian interaktif digital bakal menjadi medium pembelajaran menarik dalam pendidikan moden dan juga media pembelajaran bestari.

Pada awal Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, matlamat itu boleh dijayakan melalui inisiatif baharu iaitu persekolahan digital.

Sehubungan itu, kata Ahmad Zahid amatlah wajar Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Majlis Penasihat Pendidikan Nasional memperhalusi pendidikan dan persekolahan digital itu. Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah percambahan minda kreatif dan lateral anak-anak dengan tidak menjadikan mereka sebagai tikus uji kaji.

Kehadiran teknologi digital merupakan saluran yang penting bagi penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita mesti menerajui dunia digital ini bukan sekadar penonton dan pengikut tetapi kita juga harus menjadi pemain dan pemacu utama. Maka guru diharapkan sebagai kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia dan pendidikan digital tersebut.

Sebenarnya penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertakluk kepada murid sekolah menengah sahaja tetapi dalam pembelajaran prasekolah juga sudah dipraktikkan.

Contohnya di peringkat prasekolah dan sekolah rendah, multimedia memainkan peranan yang penting kerana kanak-kanak memerlukan satu pembelajaran yang menarik bagi memastikan proses menimba ilmu dalam kalangan mereka lebih berkesan.

Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan pengajaran yang berorientasi penggunaan multimedia agar proses pengajaran dan pembelajaran itu mudah dan cepat diperolehi murid.

Sehubungan itu, kemahiran dalam kalangan guru juga diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media menjadi satu produk pendidikan digital. Ini kerana aspek-aspek seperti reka bentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.

Kita yakin warga pendidik berupaya memberi pendedahan pendidikan digital kepada generasi masa depan untuk memperoleh ilmu yang sesuai dengan zaman mereka.

Selamat Tahun Baharu 2018.

 

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) 2017 yang diumumkan pada 22 November lalu menimbulkan kebimbangan terhadap risiko obesiti dalam kalangan murid tahun enam apabila seramai 58,294 daripada mereka merekodkan Indeks Jisim Badan (BMI) berlebihan.

Rencana Umum

KBAT Sasar Kualiti Bukan Dapatkan 'A'

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan kemahiran penting untuk dikuasai murid. Inisiatif untuk memupuk KBAT dalam kalangan murid diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan wPendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2028 bagi memastikan murid bersedia dengan cabaran masa hadapan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan instrumen yang lebih berkesan dalam pentaksiran holistik murid.

Rencana Umum

Daya Kreativiti Dan Inovasi Pacu Pembelajaran Abad ke-21

Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan murid menyertai pertandingan yang menerapkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT bagi memacu kaedah pembelajaran abad ke-21.

Imbasan PPPM 20132025

Transformasi Pendidikan Negara Dinamisme Pendidikan Global (Bahagian Kedua)

Ketika kedua-dua Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM)dibangunkan – PPPM 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) dan PPPM 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), kedua-dua Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mendapatkan input daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara melalui pelbagai medium, daripada kaedah secara bersemuka mahupun secara atas talian.

Laporan Khas

Padang Terap Sudah Berubah

Sentuhan wakil rakyatnya membawa banyak perubahan menjurus pembangunan masyarakat dan infrastruktur.

Kelas Digital

PLICKERS & PdPc Abad 21

Menyedari kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada masa kini, maka guru digalakkan untuk mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Usaha ini adalah selaras dengan Anjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2028 untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya murid memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid.

PdPc ABAD 21

PdPc ABAD 21 - Bagaimana Nasib Murid Pedalaman?

Perkara pokok adalah keupayaan gu­ru di pedalaman melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Abad 21. Untuk melaksanakannya, guru sendiri perlu ada kemahiran dan mampu untuk mengajar kemahiran yang sama kepada murid.

Keselamatan

Kasih Guru - Perlindungan Terbaik Untuk Pendidik

Seiring dengan peredaran zaman, tidak dapat dinafikan tugas sebagai guru atau pendidik pada hari ini hakikatnya semakin mencabar dan tidak terhenti setakat di dalam bilik darjah sahaja.

Rencana Umum

Pembelajaran Meta - Kepentingan Kemahiran Belajar Era Milinium

Kehidupan di dunia kini berkembang dengan begitu pantas dan cepat sehinggakan apa saja pengetahuan dan kemahiran yang perlu kita pelajari akan bertukar hanya dalam tempoh dekad ke dekad, atau malah tahun ke tahun. Jika itu tidak mencukupi, tumpuan mendalam terhadap pembelajaran dan teknologi pembelajaran akan terus muncul sehingga anda tidak dapat bernafas atau menyedut intipati pembelajaran yang diberikan.

Kolumnis

Perpaduan Melalui Persahabatan

Satu cabaran utama dalam kalangan sekolah yang mempunyai komposisi murid yang terdiri daripada pelbagai etnik adalah usaha ke arah pemupukan nilai perpaduan dalam diri murid. Bagi memangkin usaha murni ini, pelbagai program dan aktiviti dilakukan oleh pihak sekolah dengan harapan agar murid dapat diintegrasikan supaya wujud saling hormat-menghormati terhadap kepelbagaian budaya. Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi sistem pendidikan yang meletakkan perpaduan sebagai satu daripada lima teras utama.

Kolumnis

Sekolah Lestari: Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Program Apresiasi Terhadap Alam Sekitar

Selepas 10 bulan meneraju sekolah untuk tahun 2017, satu kepuasan kepada penulis sebagai pengetua dan penghargaan tertinggi buat semua warga sekolah apabila menerima anugerah di peringkat kebangsaan. Masih jelas di ingatan saya, sebaik sahaja pegawai penilai selesai menilai dalam bulan September. Kata-kata spontan saya kepada guru dan kakitangan dalam telegram rasmi sekolah adalah "Kerja tuan, puan first class".

Nota Cikgu Pencen

Membina Tabiat Biblioholisme Murid: Ciri Utama Rakyat Negara Maju

Pembinaan budaya ilmu mestilah bermula dengan membaca. Oleh sebab itulah pendidikan awal di sekolah mana sekalipun mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) adalah satu kemestian memandangkan kemahiran itu seterusnya akan menjadi asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan kepada individu. Membaca bagi kebanyakan rakyat di negara ini bukan menjadi suatu ketagihan atau kecanduan seperti merokok, memancing, dan lain-lain.

Kesihatan

Ketahui Manfaat Labu Kuning

Labu kuning merupakan salah satu jenis sayur yang masih jarang diamalkan oleh masyarakat. Padahal labu kuning memiliki banyak kandungan gizi. Labu kuning kaya dengan vitamin dan mineral, namun sangat rendah kalori. Fakta tersebut menjadikan labu kuning sebagai salah satu jenis sayur yang sangat bermanfaat bagi kesihatan anda.

Rencana Umum

Jangan Persiakan Kepakaran Cikgu Pencen

Kejayaan sesebuah sekolah dalam pencapaian akademik, kokurikulum mahupun bidang sukan bukan sahaja bergantung kepada persiapan rapi dan perancangan awal yang direncanakan oleh pengurusan sekolah. Malahan, ia juga banyak disumbangkan oleh kredibiliti guru sekolah itu sendiri.

English Section

"I am proud of myself and will keep moving!" - Story of Ainaa Farhanah

"Why are you in a wheelchair?" I get asked this question all the time. I was diagnosed with one of the rarest diseases in Malaysia called Spinal Muscular Atrophy (SMA) when my parents realized that there was a delay in my development. I was two-and-a-half years old and had not started walking yet. I could only stand for a few seconds before falling over. When I eventually started walking, I moved very slowly and needed help from other people.

Pendidikan Global

In Quest For Higher Education - Syrian Refugees Face Tough Odds

Despite the assistance of UNHCR's (United Nations High Commissioner for Refugees) DAFI scholarship programme in Lebanon, Syrian refugees in higher education are the exception to the rule.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID