Bahaya Kaca Mata Hitam Tiruan


Untuk mendapatkan kacamata dengan pelindung sinar UV yang betul, anda sebaik-baiknya mendapatkannya dari kedai cermin mata.

Lensa gelap yang ada pada kaca mata hitam tiruan tidak mampu menghalang kesan buruk sinar ultraungu (ultraviolet - UV) terhadap mata anda. Terdapat dua jenis sinar UV yang boleh menyebabkan kerosakan terhadap penglihatan seseorang, iaitu UVA dan UVB.

Kacamata hitam biasa mungkin  dapat melidungi mata anda daripada kilauan cahaya matahari, tetapi jika mereka tidak menawarkan perlindungan terhadap sinar ultraviolet pada lensanya, maka anda sama saja meletakkan penglihatan ke dalam risiko yang besar. Lebih baik anda menyepetkan mata untuk menghindari bahaya sinar UV, daripada membuka mata menggunakan kaca mata hitam tiruan.

Seperti yang kita ketahui, ketika cahaya matahari bersinar sangat terik, kita akan cenderung menyipitkan mata. Saat itulah pupil mata akan mengecil. Ini adalah sebuah bentuk pertahanan semula jadi dalam tubuh untuk membatasi jumlah cahaya matahari yang masuk ke dalam mata.

Ketika anda menggunakan kaca mata hitam, mata anda akan bertindak seolah-olah sedang berada  dalam ruangan yang gelap, sehingga pupil mata tetap membesar dan menyerap banyak cahaya. Dengan kata lain, ketika anda menggunakan kaca mata hitam tanpa pelindung dari sinar UV, anda mengizinkan banyak sinar UV untuk masuk ke dalam mata anda dibandingkan dengan tidak memakai kaca mata hitam tiruan sama sekali.

Kaca mata hitam yang tidak dilengkapi dengan UVA dan UVB hanya mampu menyaring silau cahaya matahari tetapi tidak dapat melindungi mata anda daripada bahaya sinar UV yang terlihat. Paparan sinar UVA dan UVB juga meningkatkan risiko katarak, degenerasi, bahkan kanser.

Untuk mendapatkan kaca mata dengan pelindung sinar UV yang betul, mahu tak mahu anda harus mendatangi kedai kaca mata. Hal lain yang perlu diperhatikan adalah  jika anda pengguna kaca mata minus, pastikan lensa yang digunakan juga memiliki perlindungan terhadap paparan sinar UV.