Pendidik Februari 2018
Pena Pengarang

USAH EMOSIONAL DALAM
MENANGANI DISIPLIN MURID

Isu guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Nilai, Negeri Sembilan didakwa di mahkamah kerana menampar muridnya pada April 2017 mencetuskan pencarian pendekatan baharu untuk menangani masalah disiplin murid dan tindakan undang-undang terhadap guru.

Rantaian kesan negatif isu itu yang berpanjangan hingga awal tahun ini menjejaskan martabat pendidik di mata masyarakat.

Bayangkan perasaan guru yang ingin mengambil tindakan terhadap murid 11 tahun yang terbabit dengan pelbagai kesalahan disiplin, termasuk menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli murid lain apabila dia pula yang digari dan ditempatkan bersama 13 tahanan selepas pendengaran pertama kes berkenaan Oktober tahun lalu.

Keadaan sebegini sedikit sebanyak dikhuatiri melemahkan semangat guru dalam mendisiplinkan murid. Hal ini juga menunjukkan betapa sukarnya tugas guru untuk mendisiplinkan murid kerana mereka terdedah kepada campur tangan ibu bapa dan tindakan undang-undang.

Masalah disiplin pelajar sebenarnya perlu diberi perhatian serius dan ditangani bersama oleh semua pihak terutama guru serta ibu bapa, justeru langkah segera wajar diambil.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/ Penjaga secepat mungkin bagi melindungi guru.

Dengan adanya kod etika berkenaan dapat dijadikan panduan tatacara ibu bapa atau penjaga ketika berurusan dengan guru jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu isu.

Kod etika berkenaan akan dapat melindungi guru daripada menjadi sasaran kemarahan ibu bapa dan penjaga. Ia bukan bertujuan melindungi guru yang bersalah, tetapi dengan adanya kod etika ini, ibu bapa akan mempunyai saluran yang jelas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.

Kod etika ini harus menggariskan jenis hukuman yang boleh dilaksanakan terhadap murid supaya mereka tidak cedera atau mengalami trauma berpanjangan, manakala ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai tingkah laku anak mereka dalam usaha mendisiplinkan murid.

Soal kod etika ibu bapa dan penjaga itu perlu digubal atau tidak, pihak sekolah perlu lihat semula Prosedur Operasi Standard dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan dahulu.

SPI menerangkan secara terperinci langkah yang boleh diambil oleh guru, sekiranya murid melakukan kesalahan dan tindakan yang wajar dilakukan dalam mendidik murid menjadi insan berguna. Antaranya teguran, surat kepada ibu bapa dan akhir sekali ialah gantung atau buang sekolah. Paling penting pihak pentadbiran sekolah dan guru usah emosional dalam isu disiplin murid. Kembali rujuk SPI yang disediakan sebagai panduan sebarang tindakan.

Dalam hubungan ini juga agensi penguat kuasa wajar membantu pihak sekolah membendung masalah disiplin melalui kempen kesedaran dan pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat untuk mengekang penularan gejala penyalahgunaan dadah, samseng serta keganasan dalam kalangan murid.

 

Dunia sekarang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Ledakan era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Demi mewujudkan negara bangsa berkualiti hendaklah bermula daripada pendidikan.

Pemikiran Mahdzir

PAK21- Bukan Bermakna Guna Teknologi dan Gajet Semata-mata

Alhamdulillah sesi persekolahan telah bermula dengan begitu baik kecuali di beberapa tempat yang terlibat dengan banjir, namun kita bersyukur kerana warga pendidikan telah pun bersedia sejak awal lagi untuk menghadapi kemungkinan banjir pada awal persekolahan, dengan kerjasama yang padu daripada agensi yang terlibat.

Laporan Khas

PdPc ABAD 21 - Bagaimana Nasib Murid Pedalaman? (Bahagian Kedua)

Dalam bahagian pertama laporan khas ini bulan lepas, penulis telah menyatakan bahawa untuk melaksanakan PdPc abad-21 di kelas, guru sendiri perlu ada kemahiran dan mampu untuk mengajar kemahiran yang sama kepada murid. Selain daripada kandungan subjek yang perlu dikuasai, kemahiran 4C (creativity, collaboration, critical thinking dan communication) juga perlu dikuasai oleh guru. Bahkan tidak keterlaluan sekiranya penulis menyatakan bahawa guru perlu menguasai kemahiran PdPc abad-21 lebih daripada yang perlu murid kuasai.

Rencana Umum

Bahan Sumber Berunsur KBAT Hidupkan Pedagogi Alaf 21

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Rencana Umum

18 Tahun Abdikan Diri Untuk PIBG Demi Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Sekolah

Terdapat lebih sepuluh ribu buah sekolah (menengah dan rendah) di Malaysia. Oleh itu, tertubuhlah lebih sepuluh ribu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negara ini memandangkan setiap sekolah dikehendaki menubuhkan persatuan ini. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang diterajui Pengarah Pendidikan Negeri berperanan sebagai Pendaftar bagi semua PIBG dalam negeri masing-masing.

 

Rencana Umum

PRINT’17 KRS MUSLEH Lakar Sejarah - Himpun 4,000 Peserta Termasuk Dari Luar Negara

Perkhemahan Internasional Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH 2017 atau ringkasnya PRINT'17 bertempat di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Selangor akhir tahun lalu melakar satu pencapaian yang membanggakan.

Kelas Digital

KAHOOT! Aktiviti Interaktif PdPc Abad 21

Sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) bercorak konvensional bukanlah kaedah paling baik di zaman moden era digital kini memandangkan ia boleh diubah suai kepada bentuk yang lebih canggih dan relevan dengan situasi pendidikan semasa (Jonassen, 2000). Ini disebabkan terdapat beberapa kelemahan PdP yang dijalankan secara konvensional. Antara dikenal pasti adalah seperti interaksi yang lemah, proses PdP dilakukan dalam mod yang sehala, kekurangan sumber pembelajaran dan kurang maklum balas daripada murid-murid lemah (Narayanansamy & Ismail, 2011).

Kolumnis

Murid Bengap Mulut - Apakah punca murid jadi sedemikian?

Perkataan 'bengap' amat jarang atau hampir tidak diketemukan penggunaannya dalam bentuk penulisan mahupun dalam bentuk komunikasi pada masa kini. Menurut Kamus Dewan, salah satu definisi bagi 'bengap' adalah kesukaran untuk bercakap (kerana malu dan lain-lain). Jika dilihat dalam konteks sekolah, perkataan ini boleh dikaitkan dengan kehadiran murid yang bersifat pemalu dan pendiam di persekitaran bilik darjah. Harus diingat 'bengap' bukan bermaksud bodoh.

Rencana Umum

Ketahui Proses Pemikiran Murid Melalui Tulisan Tangan - Mampu Bantu Guru Mengajar Dengan Efektif

Proses pemikiran (thinking processes) dalam tulisan tangan menunjukkan bagaimana seseorang itu berfikir dan mencerap informasi. Secara umum, jika kita melihat sesuatu sampel, kita akan dapati ada dua jenis bentuk tulisan yang akan terhasil iaitu bersudut (angular) atau melengkung/bulat (rounded). Mengikut Howard, setiap tulisan tangan itu sama ada bersudut atau melengkung atau mempunyai kombinasi kedua-duanya.

Nota Cikgu Pencen

Kuasai Ilmu Tingkatkan Kemahiran Berfikir Murid

Kemahiran berfikir sangat penting dalam kehidupan seharian pada masa kini. Seseorang yang malas berfikir tidak akan berupaya meningkatkan potensi minda ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Dalam proses kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kemahiran berfikir sangat penting bagi memahami dan menaakul sesuatu perkara yang diajar oleh guru.

Kesihatan

Diet @ Senaman - Mana Yang Lebih Penting?

Diet pemakanan dan senaman masing-masing mempunyai tujuan dalam menurunkan berat badan.

English Section

Make the Digital World Safer for Our Children

One in three internet users worldwide is a child. However, despite their massive online presence, too little is done to protect children from the perils of the digital world and to increase their access to safe online content, UNICEF said in its annual flagship report released end of last year.

Pendidikan Global

Champion Teacher For Refugee Children Education

Children all over the world need great teachers, but refugees need them all the more. Behind the students featured in this report are teachers - academic tutors but also mentors, motivators, protectors and champions, often working in exceptionally difficult circumstances with poor facilities, inadequate supplies of educational materials and overcrowded classrooms.

Agama

IQRA' Bukan Sekadar Perintah Membaca

ISLAM adalah agama yang sentiasa menitikberatkan ilmu pengetahuan. Sejarah penurunan al-Quran mencatatkan bahawa agama Islam merupakan satu-satunya agama yang mementingkan ilmu pengetahuan. Hal ini bertepatan dengan penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW mengenai perintah membaca.

Pendidikan Khas

Memperkasa Transisi MBK Ke Alam Kerjaya

Tanggungjawab seorang Guru Pendidikan Khas adalah membekalkan ilmu dan kemahiran semampu yang boleh untuk diserap oleh murid berkeperluan khas (MBK). Ibu bapa pula mengharapkan agar hasil pendidikan formal yang diterima akan membolehkan anak-anak istimewa mereka layak ditawarkan pekerjaan atau mampu bekerja sendiri, dan sekurang-kurangnya dapat menyara diri sendiri bagi meneruskan kelangsungan hidup walaupun tanpa mereka berada di sisi. Manakala peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebagai penyedia utama peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua MBK mempelajari dan menguasai segala ilmu serta kemahiran yang diperlukan mereka.

Bahasa

Kesilapan Bahasa dalam Minit Mesyuarat

Penyediaan dan penulisan minit mesyuarat bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang setiausaha atau pencatat minit perlu cekap ketika mencatat perkara yang dibincangkan dan mengolahnya semula daripada bahasa verbatim kepada bahasa minit. Gaya dan laras bahasa yang digunakan juga mestilah sesuai dan betul.

Halaman 1 dari 2

Promo Widad Kembara Kembara Widad - EP01 - KEDAH LANGGAR FAUZIAH Kembara Widad - EP02 - PERAK BAGAN SERAI JAMALUDDIN Kembara Widad - EP03 - PERLIS SANTAN SARINA Kembara Widad - EP04 - KEDAH BALING AZURA Kembara Widad - E05 - PERAK BATU KURAU FARID