Isnariah Idris

Isnariah Idris

Penulis berkelulusan Ijazah dan juga Sarjana (Bachelor dan Master) Pendidikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP). Beliau memulakan kerjaya keguruan pada tahun 1995 dan kini bertugas di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG),  Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selasa, 14 November 2017 23:37

Sirih Daun Budi Lagi Beradat

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, daun sirih begitu sinonim dan sebati dengan adat resam bangsa ini. Sirih dilambangkan sebagai keharmonian hidup masyarakat Melayu sejak turun-temurun. Nilaian yang bersifat halus ini tidak jelas di mata, namun berperanan besar dan penting dalam kehidupan orang Melayu.

Isnin, 30 Oktober 2017 16:14

Rumah Melayu Tradisional Unik dan Estetik

Rumah merupakan tempat kediaman yang dibina, bersifat kekal, dan dihuni manusia dalam suatu tempoh tertentu. Pembinaan sesebuah kediaman di sesuatu tempat kebanyakannya dipengaruhi oleh kemudahan setempat, kejiranan, kepercayaan, dan keselamatan. Rumah juga merupakan keperluan asas yang kedua penting selepas makan dan minum bagi setiap makhluk yang bernama manusia.

Kebijaksanaan golongan istana mentadbir negara dan menjalin hubungan dengan negara-negara luar menjadi teras kepada keunggulan bangsa Melayu di nusantara suatu ketika dahulu. Di sebalik kemampuan mengurus negara, golongan istana turut dibarisi angkatan pahlawan dan bala tentera yang sentiasa siap siaga untuk mempertahankan tanah air. Tuntasnya nusantara, khususnya Melaka menjadi pelabuhan perdagangan dunia yang maju dan terkenal pada waktu itu.

Bermula dari zaman batu prasejarah hinggalah zaman milenium ini, penciptaan pakaian dan dunia fesyen terus berkembang. Suatu ketika, dedaun, kulit kayu, kulit batang pokok pisang, jut, dan daun nanas dijadikan bahan asas dan kini kulit dan bulu binatang, kapas, sutera, linen serta bahan sintetik seperti poliestar dan nilon menjadi pilihan dalam pembuatan pakaian.

Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing. Cara hidup dan amalan yang diwarisi daripada nenek moyang membuktikan bahawa sesuatu bangsa itu bertamadun dan mempunyai identiti yang tersendiri. Bangsa Melayu misalnya, mempunyai agama, bahasa, kesusasteraan, masakan serta makanan, permainan, seni persembahan, seni bina, dan seni pertahanan diri yang berbeza daripada bangsa lain.

Khamis, 06 Julai 2017 12:37

Masakan Melayu: Satu Selera Satu Rasa

Makanan dan manusia memang tidak boleh dipisahkan, umpama irama dengan lagu atau seperti aur dengan tebing. Oleh sebab itu, ada yang mengandaikan hidup adalah untuk makan tetapi hakikat sebenar ialah manusia makan untuk hidup! Kenyataannya, manusia memang memerlukan makanan sebagai sumber tenaga demi kelangsungan kehidupan.

Adat atau norma kehidupan merupakan peraturan hidup sesuatu masyarakat yang dipraktikkan sejak turun-temurun. Tatacara kehidupan yang menjadi kebiasaan ini diterima oleh masyarakat sehingga menjadi suatu hukum atau undang-undang yang perlu dipatuhi.

Ahad, 21 Mei 2017 22:38

Ubah Suai Ikut Zaman

Adat atau norma kehidupan merupakan peraturan hidup sesuatu masyarakat yang dipraktikkan sejak turun-temurun. Tatacara kehidupan yang menjadi kebiasaan ini diterima oleh masyarakat sehingga menjadi suatu hukum atau undang-undang yang perlu dipatuhi.

Jumaat, 14 April 2017 02:56

Citra Atma Melayu

Melayu itu maknanya bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun bersopan.

Sabtu, 25 Mac 2017 03:58

Siapakah Orang Melayu?

Perlembagaan Negara mencirikan “orang Melayu” berdasarkan faktor agama, budaya, dan bahasa, iaitu beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu serta berbudaya Melayu. Sejak dahulu lagi, bangsa Melayu menjadi penduduk majoriti yang menetap di Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka juga merupakan tonggak kepada kegemilangan negara dalam bidang pentadbiran, urusan ekonomi, dan hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan dunia luar suatu ketika dahulu.

Halaman 1 dari 2