Kita Yang Mendiami Rumah Itu

— oleh Jaffri B.N. —

Kita yang mendiami rumah itu
berbumbung perpaduan
berlantaikankan harmoni
berdinding, mengepung kasih
berpaku pontensi
walapun sekukuh mana berkunci
jangan melupai kaitan kelingking
yang menculas.

Di luar ribut melukai
cuba menolak rumah itu
mencari kerobekannya
yang mencelah
sekali gus, mencantas warisannya
dihiris-hiris bergelimpangan
sekadar cukup puashati
biarlah wadahnya dulu berkecai
kelorekan perdana kian tercalar.

Kita yang mendiami rumah itu
marilah menyusun saf 31 Ogos
mengepung dengan kudrat
tanpa kerobekan lagi
kita menjagai kaitan kelingking itu
menuruni telaga madu
yang syahdu
tanpa berkalih lagi
dan lagi
mengepung rumah kita itu
dengan lilitan perpaduan.

Jaffri B.N.
Felda Trolak Timur

 



Lagi dalam kategori ini:

Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan