Mencari Ketenangan

— oleh Muhamad Azam Supian —

Dalam mencari ketenangan,
Ramai manusia kecundang,
pelbagai haluan yang dibawa,
pelbagai rintangan yang mendatang.

Ada yang mencari ketenangan akhirat,
Ada juga mencari ketenangan dunia,
Tetapi pencarian itu sangat berbeza.

Ketenangan bagaimana yang diselongkari?
adakah ketenangan itu hanya sementara?
atau ketenangan yang kekal selamanya?

Dalam menggapai ketenangan jiwa,
perlu manusia memelihara hati nurani,
pabila hati sentiasa berpaut mengingati Ilahi,
gundah gulana tidak di hairan lagi,
inilah yang dinamakan ketenangan abadi,
dalam mengabdi dan tarbiah diri,
kepada pencipta Yang Maha Ilahi.

Muhamad Azam Supian
Gerik, Perak

 


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan