Sesat Dalam Arah

— oleh Ahmad Safarman Dollah —

Petiklah satu bintang
Di langit paling tinggi
Tanyalah padanya
Apakah yang ada pada bahasa?
Jawapannya adalah
Satu aura, nikmat berbahasa
Aksara membentuk kata
Menggambar rasa
Talian antara dua jiwa

Tanyalah pada bulan
Cahayanya seluruh alam
Suluhnya memandu jalan
Berkat dengan bahasa bermadah
Yang membaca cerita
Memimpin lidah berfalsafah
Perlu dijunjung setinggi-tinggi
Tersemat dalam sanubari

Ingatlah wahai penutur
Pelontar luahan perasaan
Pembelit lidah bercabang
Bahawasanya bukan salah bahasa
Andai jiwa merana
Andai diri dirundung pasrah
Tetapi salahkan pada insan
Yang tidak patuh pada perintah
Sentiasa sesat dalam arah

Ahmad Safarman Dollah
Sek Keb Kenering, Gerik, Perak


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan