Dunia Mesin

— oleh Wanrazuhar —

Manusia mencipta mesin
pergantungan hidup moden
dari dalam perut ibu lagi
mesin menampakkan wajah bayi
tentukan perempuan atau lelaki
bayi lahir dengan bantuan mesin
cara dan tarikh kelahiran boleh dirunding

Perlu duit cucuk saja di atm
atau transfer secara online
untuk ke destinasi juga bantuan mesin
berjalan berlari ataupun terbang
di laut menyelam atau atas permukaan
yang jauh terasa dekat
boleh melihat atau bercakap

Zaman ini teknologi tinggi
mesin mengganti tenaga insani
kurang komunikasi sesama sendiri
di rumah sepi bagai tiada penghuni
melayan gadget video atau tivi
segalanya dipengaruhi mesin
seperti hidup di dunia asing

Wanrazuhar
Kuala Lumpur


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan