3 Sumber Vitamin D Untuk Kesihatan Tulang


Tubuh kita memerlukan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang. Vitamin D yang cukup dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan membuat tulang menjadi kuat. Maka penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin D setiap hari. Setiap hari orang dewasa memerlukan vitamin D sebanyak 600 IU.

Anda boleh mendapat vitamin D yang cukup daripada tiga sumber yang berikut:

Cahaya matahari

Vitamin D dapat dihasilkan di dalam tubuh ketika kulit terdedah pada cahaya matahari. Tubuh akan mengeluarkan 10.000 hingga 25.000 IU vitamin D setelah kulit berubah menjadi warna pink ketika terkena pancaran matahari.

Makanan

Sayangnya, hanya sedikit sekali makanan yang secara semula jadi mengandungi vitamin D. Namun, tidak ada salahnya mengambil makanan tertentu untuk menambah vitamin D. Beberapa makanan yang mengandungi vitamin D antaranya adalah hati lembu, kuning telur, dan susu formula.

Suplemen

Hingga saat ini manfaat suplemen vitamin D masih diperdebatkan. Namun, suplemen vitamin D sangat diperlukan bagi mereka yang bermasalah terdedah pada pancaran cahaya matahari. Pengambilan suplemen yang mengandungi 400 hingga 1000 IU, mencukupi keperluan vitamin D tubuh mereka, meskipun tidak terdedah pada matahari.


Tinggalkan Komen

Komen yang menggunakan kata-kata kesat tidak dibenarkan